Siakap Keli
Kredit: CNN/Luxury Action

Bukan Lagi Angan-angan, Hotel Igloo Akan Dibina Di Kutub Utara Tahun Depan

Pernahkah anda terfikir untuk bermalam di dalam igloo di Kutub Utara? Kini impian tersebut bukan sekadar angan-angan kerana sebuah hotel sementara akan dibina di sana pada April tahun hadapan.

Pengasas Luxury Action, Janne Honkanen yang bercita-cita untuk membina penginapan berkenaan berkata, Hotel Igloo Kutub Utara akan mempunyai 10 kubah hangat yang hanya akan dibuka untuk tempoh sebulan.

“Kutub Utara merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling eksklusif di dunia. Tetapi tiada penginapan dan fasiliti yang selesa di sana,” kata Janne Honkanen.

“Saya ingin menyediakan fasiliti yang selesa dalam keadaan yang ekstrem,” tambahnya.

Kutub Utara tidak boleh dilawati sepanjang tahun melainkan pada bulan April, Jun dan Julai menggunakan helikopter dan kapal. Setakat ini, hanya 1,000 pengembara yang tiba ke sana setiap tahun dan berkhemah dalam situasi ekstrem – suhu sejuk melampau dan berais.

Hotel yang bakal dibina itu akan menyediakan tandas, pemandu pelancong, tukang masak dan pasukan keselamatan.

Pengembara juga berpeluang melihat Northern Lights, fenomena aurora borealis yang bakal muncul pada bulan April.

Persoalan paling penting, berapa harga untuk menginap di sana? Harga pakej lengkap hotel tersebut ialah USD$ 105,000 bersamaan kira-kira RM437,703.

Sumber: CNN

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.