Siakap Keli

Emosi Wanita Ini ‘Terkorban’ Akibat Nafsu Serakah Anggota Polis Lapan Tahun Dulu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Boleh bayangkan perasaan seseorang itu di’tipu’ oleh segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab sehingga terpaksa berdepan dengan gangguan emosi. Bagaimana dengan seseorang yang dianggap mampu menjaga keselamatannya tetapi ambil kesempatan ke atas diri orang lain.

Mungkin bagi anda mendengar berita wanita diperlakukan ‘tidak elok’ oleh anggota polis sangat sukar untuk dipercayai. Ya, balai polis adalah tempat selamat bagi seseorang yang berada dalam kesusahan.

Kisah yang diceritakan oleh Tuan Kamarul yang merupakan seorang peguam ini yang berkongsi tentang satu kejadian yang dianggap luar biasa di laman Twitternya untuk jadikan satu pengajaran dan teladan untuk semua.

Tepat jam 3.30 pagi, pengadu melangkah masuk balai polis dengan harapan dirinya diselamatkan, tetapi malangnya dirinya sendiri menjadi mangsa cabul anggota polis…

Gambar sekadar hiasan

Menurut peguam ini, kejadian tersebut berlaku pada 8 tahun lepas di sebuah Pejabat Polis di Terangganu apabila mangsa dicabul oleh suspek yang merupakan seorang anggota polis berpangkat sarjan.

Kejadian dilaporkan berlaku setelah mangsa, yang pada mulanya ingin melaporkan adanya masalah keluarga, diarahkan masuk ke bilik suspek di tingkat atas pejabat polis tersebut. Pada mulanya suasana agak tenang dan sepi disebabkan masa sudah menjelang 3 pagi, tetapi bertukar menjadi satu tragedi yang tidak akan dilupakan mangsa.

Setelah lebih satu jam mangsa memberi keterangan kepada suspek, tiba-tiba suspek bercakap lucah. Suspek memberitahu mangsa, dia sudah lama tidak ‘bersama’ dengan isterinya.

Mangsa terkejut mendengar kata-kata suspek yang tiba-tiba berubah. Dalam masa yang sama, suspek membuka zip seluarnya sehingga menampakkan seluar dalam yang dipakainya dan memaksa mangsa untuk memegang kemaluannya. 

Mangsa yang berada dalam ketakutan merayu pada suspek supaya jangan melakukan apa-apa padanya. Mangsa cuba melarikan diri namun dihalang suspek. Suspek kemudian bertambah agresif, mula memegang pada bahagian tubuh sensitif wanita. Kemudiannya, mangsa bertindak berani untuk melarikan diri.

Suspek kemudian ditahan dan didakwa di Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan jenayah mencabul kehormatan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. Ketika kes dalam tempoh perbicaraan di Mahkamah Majistret, suspek meninggal dunia. Tidak dinyatakan sebab kematian suspek.

Mangsa kemudian memulakan tindakan sivil bagi tort pencerobohan (trespass to person) terhadap isteri mangsa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu bagi menuntut ganti rugi. Mangsa dilaporkan mengalamai trauma yang teruk (post traumatic stress disorder).

Kesan akibat peristiwa hitam tersebut, mangsa terpaksa menjalani rawataj psikiatri dengan doktor pakar. Mangsa disahkan mengalami penderitaan mental dan dan fizikal. Keadaan mangsa betul-betul berubah.

Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan tuntutan ganti rugi dan memerintahkan isteri suspek untuk membayar mangsa ganti rugi am akibat trauma sebanyak RM20,000 dan ganti rugi teladan sebanyak RM100,000.

Mahkamah Sesyen memutuskan suspek yang bertanggungjawab secara peribadi atas kejadian yang berlaku. Ketua Polis Daerah Marang dan Kerajaan Malaysia yang turut disaman tidak perlu bertanggungjawab kerana kesalahan suspek melibatkan perbuatan bersifat individu.

Namun, setelah kes dibawa ke rayuan di Mahkamah Rayuan, panel hakim YAA Tengku Maimun, Abdul Rahman Sebli dan Zaleha Yusof pada Jun 2017 memutuskan hanya suspek yang bersalah. Majikan suspek tidak bertanggungjawab atas tindakan suspek. Disebabkan kes tindakan sivil ini bermula di Mahkamah Sesyen, kes tersebut akan berakhir di Mahkamah Rayuan. Kes tidak boleh lagi dirayu di Mahkamah Persekutuan.

Ingat, setiap apayang kita lakukan haruslah berhati-hati.

Sumber: Kamarul14

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)