Siakap Keli
Gambar: FB

(Gambar)Penuh Darah, Tular Gambar Jari Budak Tersangkut Dalam Tombol Kunci Diselamatkan Bomba

Jari seorang kanak-kanak lelaki berumur 2 tahun telah didapati tersepit pada tombol pintu di rumahnya yang terletak di Subang Jaya khamis lalu.

Susulan daripada kejadian itu, satu panggilan kecemasan telah dibuat. Sepasukan anggota bomba daripada balai bomba dan penyelamat Subang Jaya telah dikerahkan ke tempat kejadian. Seramai 7 orang anggota bomba yang diketuai oleh PB Shamsul Bin Abidin telah ditugaskan untuk turun menjalankan operasi tersebut.

Ketika di lokasi kejadian, anggota bomba tersebut terpaksa menggunakan grander bagi memotong tombol pintu yang tersekat pada ibu jari tangan kanak-kanak tersebut.

Operasi melepaskan jari kanak-kanak itu dilaporkan berjaya.

Gambar: FB
Gambar: FB
Gambar: FB

Sumber: Balai Bomba Dan Penyelamat Subang Jaya

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.