Siakap Keli
Gambar Hiasan

Jabatan Alam Sekitar Rekodkan 13 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

Masalah jerebu masih lagi berada dalam tahap berjaga-jaga. Pada hari ini sahaja, beberapa kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di setiap kawasan di Malaysia.

Boleh kita lihat di sini di mana 36 stesen mencatat bacaan, 30 stesen lagi mencatat bacaan tidak sihat dan 2 stesen mencatat bacaan paling tidak sihat. Walaubagaimanapun, tiada stesen yang berada dalam bacaan baik.

Jabatan Alam Sekitar keluarkan satu laporan pada hari ini di mana di Negeri Sarawak, iaitu Kuching (200), Samarahan (166), Sri Aman (133), Sarikei (137), Sibu (133) dan Bintulu (101).

Manakala di kawasan Selangor,enam kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat sehingga jam 7.00 pagi iaitu di Johan Setia Klang (212), Kuala Selangor (130), Petaling Jaya (169), Shah Alam(163), Klang (164) dan Banting (177).

Serta bacaan IPU di Putrajaya juga dilaporkan mencecah 169.

Untuk melihat bacaan IPU semasa anda boleh lawati ke capaian :http://apims.doe.gov.my/public_v2/api_table.html

Sumber: Jabatan Alam Sekitar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)