Siakap Keli
Gambar: IG

Kena Jangkitan Kuman, Ainul Dimaklumkan Masuk Hospital Semula

Kes ketumbuhan di mulut yang terjadi pada adik Ainul Mardhiah telah tular di media sosial dan juga turut menggemparkan satu Malaysia. Tanpa disedari, ujian yang terpaksa di hadapi oleh ibu bapa adik Ainul Mardhiah ini telah berjaya menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Gambar: IG

Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap suka menderma serta suka membantu di antara satu dengan yang lain telah membuatkan adik Ainul Mardhiah ini berjaya diterbangkan ke London untuk dirawat oleh pakar yang terdapat di negara itu.

Gambar: IG

Hasil daripada bantuan serta penyatuan seluruh rakyat Malaysia, Ainul yang diterbangkan ke sana telah berjaya di bedah dan pulih daripada penyakit yang dialaminya itu. Walaupun telah adik Ainul Mardhiah ini telah disahkan pulih, namun rawatan susulan perlu dijalaninya bagi memastikan tidak ada kesan sampingan yang boleh membuatkan adik Ainul jatuh sakit.

Gambar: IG

Namun begitu, baru-baru ini ayah kepada adik Ainul Mardhiah ada memuat naik satu “story” di Instagram yang mengesahkan bahawa anaknya itu telah jatuh sakit dan terpaksa di tahan di dalam wad hospital berdekatan dengan rumah mereka iaitu di Melaka. Menurut Ahmad Safiuddin, anaknya itu terpaksa ditahan di wad kerana disahkan terkena jangkitan kuman. Walau bagaimanapun, dia menyatakan bahawa anaknya itu tidak kritikal dan berada dalam keadaan baik sahaja.

Gambar: IG

Walau apapun, diharapkan agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar adik Ainul Mardhiah ini cepat sembuh daripada penyakit yang dihidapinya itu.

Sumber: Ahmad Safiuddin

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.