Siakap Keli
Kredit: Google/Facebook

Kerana Hormat Pelajar Islam Ini, Kolej Baptis Sanggup Ubah Kod Pemakaian Seragam Sekolah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi keluarga yang menetap di luar negara atas tuntutan kerjaya ibu bapa, pemilihan sekolah anak-anak amat penting demi memastikan mereka mendapat pendidikan yang berkualiti.

Walaupun begitu, bagi seorang pelajar perempuan beragama Islam, penampilan menjadi salah satu cabaran yang sukar dielak terutamanya di negara minoriti Muslim. Pertimbangan dan toleransi orang sekeliling amat diperlukan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Syahrom Rahmad berkongsi pengalaman anaknya bersekolah di kolej Baptis di Australia.

“Ketika Sumaiyah baru menyertai Kolej Baptis tempatan, kami diberitahu dia merupakan pelajar berhijab pertama di Middle High School kolej tersebut. Pengetua mengambil langkah menyediakan sudut solat untuk Maiyah.

“Selepas ibu, Surianah Rosli dan ibu yang lain berbincang dengan pengetua, beliau akhirnya membuat cadangan kepada ahli lembaga untuk menjadikan hijab dan pakaian menutup aurat sebagai sebahagian daripada pakaian seragam sekolah.

Oleh itu, pakaian seragam sekolah pada 2020 akan termasuk pakaian tradisi yang sopan seperti;

  • legging hitam
  • baju putih lengan panjang
  • tudung putih atau hitam kosong

Moga Allah merahmatimu, Sumaiyah Syahrom atas kesabaran dan ketahanan dalam jalan dakwah ini.

Menurut Syahrom, Sumaiyah sebelum ini belajar di madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah di Singapura sebelum berpindah ke Doha British School, Qatar pada tahun 2014.

Pada 2017, mereka sekeluarga berpindah pula ke Perth setelah mendapat visa Penduduk Tetap di sana. Ketika itu, Sumaiyah melanjutkan pelajaran di Langford Islamic College dari tahun 6 hingga 7.

Merujuk kepada pilihannya menghantar Sumaiyah ke kolej baptis, Syahrom menjelaskan sekolah tersebut sangat menitikberatkan disiplin, adab dan akhlak yang baik dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, sekolah tersebut turut menawarkan subjek-subjek yang menarik untuk kurikulum sekolah menengah. Disebabkan minat mendalam Sumaiyah dalam sukan, mereka memilih sekolah tersebut yang memberi peluang kepada pelajar untuk menceburi pelbagai jenis sukan.

Sumber: Syahrom Rahmad

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.