Siakap Keli

“‘Mama Polis Tangkap 2 Orang!’, Saya Sedih & MARAH”, Raja Permaisuri Buka Kembali Akaun Twitter, Luah Rasa Marah Dan Sedih Ada Individu Yang Sudah Ditangkap Polis

Tanda palang #KembalilahTuanku, #AmpunTuanku dan #PermaisuriAgong membanjiri laman media sosial terutamanya twitter kebelakangan ini berikutan tindakan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyahaktif akaun Twitter miliknya, @cheminahsayang.

Justeru, Rata-rata warga net cuba untuk menzahirkan rasa sedih dan rindu kepada Permaisuri Agong yang terkenal dengan sikap rendah diri hingga membuatkan ramai di kalangan rakyat yang terkesan dengan sifat mulia Baginda.

Pelbagai spekulasi dan teka-teki mula timbul lantaran cuba untuk meneka punca utama baginda Permaisuri Agong bertindak sedemikian rupa.

Namun sebentar tadi, laman twitter dikejutkan dengan kemunculan kembali Tunku Azizah. Baginda menyatakan bahawa punca baginda menutup akaun twitter sebelum ini adalah kerana sebab peribadi. Namun baginda turut menambah bahawa,

Seperti yang saya katakan, saya tidak menutup akaun kerana kecewa dengan koment tetapi oleh sebab peribadi. Tetapi harini saya benar-benar marah apabila pihak polis menahan mereka (orang yang menulis komen). Selama bertahun-tahun saya dan suami (Tuanku Agong) tidak pernah membuat sebarang laporan polis tentang perkara buruk yang dikatakan kepada kami. Ini negara bebas.

Bertenang semua, macam yang anak saya selalu katakan kepada saya, “Chill mama” setiap kali ketika saya sedang bersedih.

Saya sedih dan marah & terus aktifkan twitter, tidak ada niat saya supaya mereka itu ditangkap polis, saya sendiri beritahu pihak istana untuk beritahu polis jangan ambil tindakan.

Baginda turut menluahkan rasa hati dengan menyatakan bahawa walau macam mana pun baginda dan suami dikeji, dihentam, dimaki hamun, kami berdua tidak pernah buat laporan polis.

Sumber: Azizah Iskandar

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)