Siakap Keli

“Setiap Hari Replied Story, Rasa Annoying Je Mamat Ni,” Tak Sangka Akhirnya ‘Mamat Annoying’ Jadi Suami

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ini yang dinamakan jodoh, walaupun makan tahun bercinta dengan jodoh ‘orang’ tetapi siapa sangka daripada kesedihan daripada ditinggal atau meninggalkan, ada seseorang menanti kita untuk dijadikan suri hidup sepanjang hayatnya.

Indahnya perkenalan di media sosial pada masa yang singkat akhirnya berakhir hingga ke jinjang pelamin. Siapa sangka wanita ini di’ngorat’ suaminya di laman media sosial Instagram sehinggakan si isteri cair dan terima lamaran.

Kisah ini dikongsikan oleh Asyiah Nabilah di laman Twitternya yang tidak sangka pertemuan di laman sosial media memang membuahkan hasil. Perkongsian ini benar-benar mencuri perhatian.

Kenal dari Instagram. Mula-mula, setiap hari replied story dan rasa annoying je mamat ni.

Lepastu kebetulan masa tu tengah sendu jugak. Jadi, balas la sikit-sikit lama tu lepas 2 bulan dari tu dia hari-hari replied story. Tapi, setakat reply macam apa dia tanya je. Saya pun cuba followback la sebab dia private kan. Followback lepas dua bulan lebih dari dia asyik reply story hari-hari.

Lepas tu tengok gambr dia ada satu gambr family, rupa-rupanya adik laki dia tu dulu kawan saya. Saya reply dia sebab tengok dia kawan saya punya abang. Mula-mula tengok ingat Instagram fake ke kan sebab tengok gambar display dia macam ‘mamat’ arab.

 

Maklumnya kepada SK ketika dihubungi hari ini, satu hari itu suaminya ada beri nombor dan minta wanita ini untuk kejutkan dia bangun. Mungkin, dengan cara itu lelaki ini boleh dapatkan nombor pasangannya.

Jadi, suatu hari dia bagi nombor, dia suruh call dia kejut bangun. Tapi waktu tu saya fikir banyak kali patut ke call? Lepastu, saya pun buat keputusan call je la.

Nak dijadikan cerita pada hari yang sama kawan saya ajak keluar untuk temankan dia membeli barangan kahwin pada tahun lepas, suami saya pun ajak keluar juga dan nak berjumpa di tempat yang sama. Awal pertemuan tu agak takut dan nervous. Fikir masa rasa macam kena tipu je. 

Rupa-rupanya dia betul datang, sejak dari tu kitaorang mula berkawan dan lepas dari itu, dia ajak kahwin. Jadinya pada bulan Januari haritu, tunang dan nikah pada 1 September 2019 sebab nak pilih tarikh cantik.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)