Siakap Keli

Tunku Azizah Tutup Semula Akaun Twitter

Baru sebentar tadi warganet meluahkan rasa gembira selepas Yang Di-pertuan Besar Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj mengaktifkan semula akaun Twitter Baginda.

Namun, Tunku Azizah kembali menyah-aktif akaun Twitter Baginda selepas menjelaskan penutupan akaun tersebut bukanlah kerana membaca komen-komen negatif yang dilemparkan. Baginda turut meluahkan rasa sedih dan marah atas tindakan melaporkan pada pihak polis dan penahan dua individu yang dipercayai mengeluarkan komen-komen negatif terhadap Tunku Azizah.

Mungkin ada sebab peribadi yang tidak boleh dihebahkan kepada umum tentang punca Baginda menutup akaun Twitter tersebut. Kami sebagai rakyat mendoakan Tunku Azizah sentiasa sihat selalu dan bahagia disamping keluarga tercinta.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)