Siakap Keli

Adik Hidap Penyakit ‘Rare’ Sampai Doktor Saran Berhenti Sekolah, Abang Berkorban Jual Basikal Kesayangan Demi Tampung Kos Pembedahan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sayang, salah satu perasaan yang ditanam dalam hati manusia sehingga  sanggup melakukan apa sahaja demi insan yang mereka sayangi.

Pengorbanan, bukan semua orang sanggup berkorban tapi kerana perasaan sayang itulah yang melonjakkan adrenalin seseorang manusia untuk menunaikan sesuatu walaupun terpaksa melepaskan sesuatu yang berharga.

Mungkin selalu kita lihat pengorbanan kedua ibu bapa untuk membesarkan anak-anaknya tapi kali ini media sosial dipaparkan dengan ketulusan kasih seorang abang yang sanggup menjual basikal kesayanganya demi untuk membantu kos rawatan adiknya.

Jane menggunakan ‘kuasa’ media sosial untuk menjual basikal kesayangannya dengan harga 60k (Filipina). Tweet itu tular hingga ke Malaysia hingga ada yang mengulang kicau dna mendoakan kesejahteraan adinya itu.

Menurut Jane ketika dihubungi Siakap Keli, adiknya itu didiagnosis dengan Congenital lobar emphysema, tetapi kebelakangan ini adiknya sering mengalami batuk yang teruk disebbakan oleh radang paru-paru yang dihadapinya.

Malah pihak doktor juga menyarankan supaya adiknya itu berhenti bersekolah untuk mencegah jangkitan yang lebih parah. Dan satu-satunya cara untuk mengubati adikanya adalah dengan melakukan operasi pembedahan.

Menurutnya, wang yang dikumpul sudah hampir mencecah nilai yang cukup untuk melakukan operasi tersebut. Dai mengucapkan terima kasih kepada warga twitter yang membantunya merealisasikan impian untuk mengubati adiknya itu.

Sumber: Janemer Morales

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.