Siakap Keli

“Aku Tak Tau Macam Mana Nak Cakap Kat Abah,” 10 Kali Anak Cuba Bagi Tahu Nak Kahwin, Reaksi Ayahnya Buat Hati Tersentuh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Walaupun sering digambarkan sebagai seorang yang tegas dan garang.

Mungkin semua itu hanya terlihat pada dasarnya sahaja kerana jauh di sudut hari seorang ayah, mereka juga sangat menyayangi, mengasihi serta mengambil berat tentang anak-anak mereka. Malah sanggup berkorban apa sahaja demi untuk membesarkan darah daging mereka.

Sebuah video tular di laman twitter hari ini memaparkan kasih di antara seorang ayah dan anak hingga mengundang sebak di kalangan netizen.

Video berkenaan memapar seorang gadis yang ingin menjelaskan kepada bapanya bahawa dia bakal berkahwin tak lama lagi.

Namun reaksi yang diberikan oleh bapanya itu benar-benar meruntun hati.

Walaupun bapanya hanya mampu mengulangsemula percakapan anaknya itu namun riak wajahnya menggambarkan perasaan terharu dan sedih dengan perkhabaran tersebut.

Bapanya kemudian mengucapkan Alhamdulilah dan menyebut amin dan menghulurkan tangannya kepada anak gadisnya  untuk bersalam.

Tersentuh hati apabila melihat wajah tulus bapanya itu, menurut Yana, bapanya itu mula jadi ‘seperti itu’ setelah mengalami kemalangan jalan raya.

Bapanya mungkin memahami percakapan yang diajukan kepadanya tetapi tidak mampu untuk membalas semula.

Video tersebut dihujani pelbagai komen dari netizen yang rata-rata bersimpati dan mendoakan ayah Yana supaya sembuh.

Nak nangis, semoga ayah awak sembuh macam biasa

Abah saya kena strok, tak boleh bercakap macam ni jugak, tapi dia faham apa kita cakap

Semoga dipermudahkan urusan untuk kawin, jaga ayah baik-baik

Amin sis, moga Allah permudahkan segalanya

Dia nak tengok anak perempuan dia ada orang jaga bila dia dah takda nanti

Sumber: Noor Alyana 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)