Siakap Keli

Catat Kutipan Antara Yang Tertinggi Di Malaysia, Pelakon Filem PASKAL Dakwa Belum Terima Bonus Yang Dijanjikan

Nama Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang sememangnya dikenali semakin dijulang naik oleh masyarakat setelah mereka melihat sendiri tugas serta aksi para anggota ketika menjalankan misi menyelamat dalam filem PASKAL The Movie.

Filem ini memaparkan semula kepayahan pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Khas Laut atau PASKAL dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Dengan gandingan para pelakon popular seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian Jasmine Suraya dan Amerul Affendi tentunya memantapkan setiap adegan seterusnya menjadikan filem ini salah satu filem pecah panggung yang meraih kutipan 30juta ringgit.

Semalam, salah seorang pelakon utama filem tersebut, Jasmine Suraya Chin ada memuatnaik hantaran di laman instagramnya unuk mempromosikan filem berkenaan yang di tayangkan di kaca televisyen sempena Hari Malaysia di saluran 700 secara percuma.

Namun yang menarik perhatian adalah apabila beberapa orang pelakon filem terbabit muncul dan mendakwa bahawa mereka masih belum menerima bayaran bonus seperti yang dijanjikan.

Para pelakon tersebut mendakwa bahawa sudah lebih setahun mereka tidak diberikan bonus seperti yang dijanjikan.

Jasmine Suraya pemilik akaun tersebut bagaimana pun hanya mengaminkan harapan pelakon Amerul Affendi serta emoji sahaja.

Sumber: Jasmine Suraya Chin

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)