Siakap Keli

Doktor Ini Kongsikan 10 Tips ‘Ekstrem’ Tangani Marah Yang Tak Pernah Terlintas Di Fikiran Manusia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ya, bila seseorang itu ada sifat baran secara automatiknya walaupun dalam situasi kecil dia akan mudah marah. Sesiapa sahaja boleh ‘naik angin’, tidak kira suami, isteri mahupun anak-anak kecil.

Tanpa ilmu mengawal diri, sukar untuk menangani dan mengatasi sifat panas baran ini. Apatah lagi untuk menghilangkannya, sudah pasti ia mengambil tempoh yang lama untuk melatih diri mengawal kemarahan.

Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh Dr Ahmad Rostam di laman Twitternya mengenai tips ekstrem bila marah dan cara untuk mengatasinya.

Kata Dr Rostam, ada orang sangat mudah marah. Orang putih panggil, short fuse. Ada orang yang marah hingga datangkan kesan negatif pada diri dan orang lain.

Untuk pengetahuan anda, ada 10 tips yang dikongsikan oleh doktor ini.

1. Ramas ais dan baling ke dalam bilik air sekuat hati anda sehingga ia berkecai

2. Ambil setimbun surat khabar dan bayangkan anda jadi mesin pengisar kertas. Koyakkan sekoyak-koyaknya.

3. Pillow fight dengan dinding bilik atau tilam dan kemudian jerit sekuat hati ke bantal tersebut.

4. Marah dengan diri sendiri? Tak apa. Minta orang lukis potret anda atau cari gambar anda yang paling cantik. Ambil marker merah. Tulis segala benda yang anda nak buat pada diri anda. Koyakkan gambar tersebut.

5. Menari dan bersenam. Mungkin anda boleh gabung keduanya. Zumba esok petang, guys?

6. Pakai kasut yang berat mcm kasut getah yang paras lutut tu. Lompat sekuat hati anda. Lepaskan marah dengan memijak lantai sekuat hati anda.

7. Ambil 1 kayu. Pergi karate pokok pisang yang dah tumbang atau pokok yang dah mati. Pastikan pokok tu tak cukup reput untuk jatuh atas kepala.

8. Main tenis atau handball.

9. Pergi masuk kelas muay thai atau boxing. Atau anda boleh beli punching bag untuk di rumah.

10. Pukul tin sekuat hati anda dan kemekkan. Catatkan berapa pantas anda lakukan.

Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat negatif. Ia boleh bersifat ganas dan tidak terkawal. Marah juga secara umumnya boleh diterima oleh masyarakat tetapi bukan marah yang tidak dikawal.

Jadi, sebelum anda marah, cuba tenangkan diri dan lakukan 10 tips ini setiap kali ada niat untuk marah.

Sumber: Dr Ahmad Rostam Md Zain

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)