Siakap Keli

Remaja Akan Saman Syarikat Vape Selepas Dakwa Alami Kerosakkan Paru-Paru Yang Teruk

Seorang remaja mendakwa paru-parunya berfungsi seakan berusia 70 tahun dan akan menyaman sayarikat terkemuka Vape di Amerika Syarikat.

Menurut remaja yang berusia 18 tahun ini dari Illinois telah mendakwa Syarikat itu telah memasarkan vape kepada orang muda supaya status syarikat mereka meningkat justeru, remaja mendapat masalah daripada menggunakan vape ini.

Dia menjalani rawatan di hospital pada bulan Ogos lalu kerana berasa sesak nafas dan mual selepas menggunakan vape ini selama lebih 18 bulan.

“Walaupun saya berusia 18 tahun tetapi paru-paru saya seperti sudah berusia 70 tahun. Walaupun akan sembuh tetapi fungsi paru-paru saya tidak akan sama,” katanya.

Remaja mendakwa, iklan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut menggalakan golongan muda untuk menggunakan vape tetapi tidak mendedahkan kandungan bahan kimia yang berbahaya yang digunakan untuk produk tersebut.

Satu kenyataan daripada syarikat besar vape tersebut mereka memasarkan vape tersebut kepada golongan dewasa yang ingin hentikan merokok tetapi bukan untuk golongan remaja.

Sehubungan dengan itu, pada awal minggu lalu Donald Trump mengumumkan untuk mengharamkan Vape berperisa dipasarkan selepas berlaku beberapa kematian akibat vape.

Sumber: Independent

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)