Siakap Keli

(Video) Ibu Tunggal Ini Dakwa Diserang Bekas Suami Lepas Balik Dari Mahkamah, Sampai Kepala Berdarah

Dipercayai akibat daripada konflik rumahtangga menyebabkan lelaki ini didakwa bertindak luar kawalan.

Tular satu video rakaman CCTV di mana seorang lelaki bertindak agresif memukul bekas ayah mentuanya dan isterinya tular di media sosial.

Menurut wanita ini, kehendaknya hanya untuk melindungi anak-anak daripada bekas suaminya yang bertindak agresif sejak dua menjak ini. Bukan sahaja berkelakuan memukul bekas isterinya, dia juga mengatakan sudah bertindak mengasari kedua ibu bapa wanita ini.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa walaupun sudah berkali mencuba mendapatkan pertolongan daripada pegawai polis dan mahkamah. Memandangkan, saya ibu tunggal dan kurang ilmu mengenai ini, tiada bantuan pun yang diterima,” kata wanita ini di laman Facebooknya.

Bukan itu sahaja, wanita ini mendakwa bekas mentua tidak memberi sokongan kepadanya kerana dia Melayu dan berasal dari kampung.

“Dia tetap bertindak kasar setiap kali saya pulang daripada mahkamah”

Wanita ini jelaskan kejadian yang berlaku ini bukan hanya sekali. Hampir setiap bulan, dia dan keluarga akan pergi buat laporan polis dan ke hospital. Di juga turut mendakwa sudah banyak sangat laporan yang dibuat namun tiada tindakan undang-undang.

Kejadian dikatakan oleh wanita itu berlaku selepas pulang dari mahkamah untuk tuntutan hadhanah dan mutaah.

Nak dijadikan cerita, tayar keretanya didakwa pancit lalu bekas suaminya ikut dari belakang dan awalnya bekas suaminya tawarkan pertolongan tetapi masih dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat. Dengan segera mereka beredar dari tempat tersebut namun masih ikuti oleh lelaki tersebut.

Wanita terbabit juga turut mendakwa setibanya mereka di sebuah bengkel, bekas suaminya bertindak memukul kepala lelaki warga emas yang dipercayai ayah kepada wanita ini.

Bagaimanapun, berikut adalah screenshot yang didakwa perbualan lelaki dengan wanita terbabit. Lelaki itu mendakwa, akan saman keluarga bekas isterinya atas fitnah yang dilakukan terhadap dirinya. Lelaki berkenaan turut mengatakan ayah wanita itu yang mula memukulnya menggunakan beg terlebih dahulu.

“Orang akan percaya apa yang mereka lihat, tapi kau pun tau cerita drama melayu macam mana, pengakhirannya mereka akan nampak teruknya kau dan keluarga kau,” tambah lelaki terbabit.

Sumber: Facebook

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)