Siakap Keli
Kredit: WSJ/Bloomberg

Bekalan Minyak Saudi Jatuh Akibat Serangan, Trump Arah Keluarkan Simpanan Minyak USA Untuk ”Cover” Pasaran

Sabtu lalu, beberapa siri serangan dron ke atas kilang pembekal minyak terbesar di dunia telah menjejaskan kira-kira 5 peratus bekalan minyak harian global.

Berikutan itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meluluskan bekalan kecemasan minyak negara berkenaan dengan jaminan minyak yang banyak dan mencukupi untuk negara tersebut.

“Berdasarkan serangan ke atas Arab Saudi yang mungkin menjejaskan harga minyak, saya telah meluluskan pengeluaran minyak dari Rizab Strategik Petroleum, dan jika diperlukan, dalam jumlah yang mencukupi untuk pasaran.

Trump turut menggesa agensi terlibat untuk meluluskan saluran paip di Texas dan negeri lain di Amerika Syarikat.

Trump turut mengumumkan kesediaan Amerika Syarikat untuk membalas serangan dalang yang memusnahkan 19 sasaran di loji minyak berkenaan dan hanya menunggu isyarat dari Arab Saudi.

“Locked and loaded”

Puak Yaman Houthi telah mengaku bertanggungjawab ke atas serangan menggunakan 10 dron ke atas kilang minyak Arab Saudi, namun pegawai kanan pentadbiran AS mengesyaki Iraq atau Iran menjadi dalang serangan berdasarkan maklumat dan lokasi serangan.

Akibat serangan tersebut, Saudi Aramco kerugian 5.7 juta tong setiap hari pada Sabtu lalu dan membuatkan harga pasaran Brent meningkat daripada USD$ 11.73 setong kepada USD$ 71.95 setong.

Sumber: Bloomberg

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.