Siakap Keli
Kredit: WSJ/Financial Times

”Locked And Loaded”, Trump Bagi ”Hint” Angkatan Perang USA Bersedia Bertindak, Tunggu Respon Arab Saudi

Washington – Presiden Donald Trump memberi isyarat akan melancarkan gerakan tentera sebagai tindak balas ke atas serangan terhadap pembekal minyak terbesar dunia di Arab Saudi pada Sabtu lepas.

“Bekalan minyak Arab Saudi telah diserang. Ada sebab untuk mempercayai bahawa kita tahu dalangnya, “locked and loaded” bergantung kepada pengesahan Arab Saudi tentang pelakunya, dan kita akan teruskan!” kata Trump melalui Twitter.

Menurut CNN, Trump sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bersedia untuk menyerang Iran setelah dron milik US dijatuhkan Tehran, namun membatalkan niatnya kerana mendakwa serangan itu akan menyebabkan terlalu banyak kematian.

Sabtu lalu, serangan ke atas fasiliti minyak Arab Saudi menjejaskan kira-kira 5 peratus bekalan minyak harian dunia. Pemberontak Yaman Houthi bertanggungjawab ke atas serangan tersebut, namun sering dibantu oleh Iran.

Ketua Setiausaha Negara Amerika, Mike Pompeo menuduh Iran sebagai dalang serangan tersebut dan menyatakan tiada bukti serangan tersebut datang dari Yaman.

Menurut pegawai kanan pentadbiran negara berkenaan, berdasarkan lokasi, impak dan maklumat lain mengenai serangan tersebut mendapati ia tidak kelihatan seperti didalangi Yaman, tetapi lebih menjurus kepada Iran atau Iraq.

“Sukar untuk mengaitkan serangan datang dari tempat lain selain Iran atau Iraq,” katanya kepada CNN.

Tambahnya lagi, sebanyak 19 lokasi yang diserang adalah mustahil diserang menggunakan 10 dron seperti yang didakwa Houthi.

“Anda tak boleh serang 19 sasaran dengan 10 dron,” katanya.

Selain itu, merujuk kepada imej satelit serangan berkenaan, kesemua titik impak dalam serangan tersebut berada di barat laut negara berkenaan, menjadikan kebarangkalian untuk Yaman menjadi dalang tersebut adalah kurang berbanding Iran atau Iraq, lapor CNN.

Sumber: CNN, The Guardian

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.