Siakap Keli

(Video)Tular Rakaman Kilang Proses Minyak Terbesar Dunia Milik Arab Saudi Dibom, Harga Minyak Dunia Diramal Naik

Harga minyak yang diniagakan rendah selama beberapa bulan ini, dijangka akan melonjak naik dan akan mempengaruhi harga minyak dunia ketika pasaran dibuka hari ini berikutan Arab Saudi terpaksa membaiki infrastruktur fasiliti minyak gara-gara serangan yang berlaku pada hujung minggu lalu.

Serangan yang mensasarkan fasiliti minyak Arab Saudi itu telah menjejaskan separuh daripada kapasiti simpanan minyak negara tersebut, atau 5% daripada bekalan minyak harian dunia.

Pemberontak Houthi Yaman pada hari sabtu telah mengaku bertanggungjawab atas serangan menggunakan 10 dron yang dilakukan di Khurais dan Abqaiq itu. Fasiliti yang diserang itu merupakan fasiliti pemprosesan minyak terbesar dunia serta kilang penstabilan minyak mentah.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman berkata bahawa serangan itu telah menjejaskan pengeluaran minyak dan gas mentah Arab Saudi sebanyak 5.7 juta tong sehari. Menurut OPEC, Arab Saudi membekalkan minyak ke seluruh dunia sebanyak 9.8 juta tong sehari.

Arab Saudi yang merupakan pengeksport minyak terbesar di dunia, telah mengurangkan pengeluaran produk mentah dan tenaga lain sebagai sebahagian daripada usaha OPEC untuk meningkatkan harga.

Negara Teluk itu juga menghasilkan sebanyak kira-kira 10% minyak atau 100 juta tong sehari untuk dieksport ke seluruh dunia.

Sumber: CNN

Aqmal Ezany

I write what is right

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.