Siakap Keli

(Video) Bawa Motor Sampai Terbabas Sebab Tak Nampak Jalan, Lihat Betapa Parahnya Langit Di Indonesia

Keadaan jerebu yang melanda negara rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia ketika ini dilihat semakin membimbangkan. Bukan sahaja Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negara ini dilaporkan semakin meningkat ke paras sangat tidak sihat tetapi beberapa negara jiran turut merasai kesan yang lebih teruk.

Terbaru, tular di media sosial rakaman keadaan jerebu di sebuah wilayah di Indonesia yang mendapat lebih dari satu juta tontonan. Melalui video tersebut, jelas menunjukkan keadaan jerebu yang begitu teruk sehingga persekitaran bertukar warna kekuningan.

Menerusi video berkenaan, turut dapat kita lihat penampakan seorang penunggang motosikal yang terbabas ke bahagian tepi jalan.

Clooverian yang memuat naik video itu juga mendakwa Kalimantan sekarang sedang berada dalam keadaan darurat. Situasi itu menyebabkan beliau dan keluarganya menghadapi masalah batuk-batuk dan sekiranya keluar daripada rumah rasanya seakan mahu mati kerana mereka sukar bernafas.

Kalimantan dalam darurat

Beberapa video menyentuh perasaan turut dikongsikan dalam thread tersebut yang memaparkan penduduk tempatan dan pemadam kebakaran di Kalimantan Tengah yang berusaha memadamkan api dari terus merebak.

Air minum tak ada, habis air kita.

Terdapat juga sebuah video rakaman sebuah helikopter yang melalui kawasan penduduk hampir setiap hari siang dan malam bertujuan untuk memadamkan api menggunakan air dari udara.

Mungkin keletihan sehingga air pun tumpah.

Rata-rata netizen turut berkongsikan video dan gambar mengenai keadaan jerebu di kawasan mereka yang sempat dirakamkan. Memang teruk. Semoga semua berada dalam keadaan selamat dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

Sumber : clooverian

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra