Siakap Keli
Kredit: Roshen Maghhan

(Video) Lelaki ”Modified” Myvi Jadi Tesla, Kawal ”Features” Guna Telefon Bimbit, Kereta Siap Boleh Bergerak Tanpa Pemandu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sempena Hari Malaysia, seorang anak muda yang merupakan programmer, Roshen Maghann, 21 telah berkongsi hasil inovasi kereta tempatan yang diubahsuai sebahagian fungsinya menyerupai kereta buatan Tesla.

Tesla merupakan syarikat inovasi yang terkenal dengan keupayaannya menghasilkan kenderaan elektrik yang canggih dan berkualiti tinggi. Antara kereta keluaran syarikat ini yang paling popular ialah Tesla Model X, kenderaan SUV yang mampu pergi sejauh 482 kilometer setiap kali dicas.

Menggunakan Arduino, Roshen telah berjaya mengawal beberapa fungsi Myvi melalui telefon pintar miliknya. Arduino merupakan platform pengkomputeran sumber terbuka yang memberi peluang kepada pengguna untuk mencipta peranti elektronik yang interaktif.

Alat ‘transmitter’ dan ‘receiver’ yang digunakan Roshen untuk menghantar dan menerima isyarat. (Kredit: Roshen Maghhan)

Pada mulanya, Roshen bercadang menggunakan alat kawalan berasingan, namun beliau berubah fikiran lalu menghasilkan kawalan menggunakan telefon pintar miliknya sahaja.

Tanpa perlu berada di dalam kereta, beliau berjaya menaik taraf tiga fungsi Myvi berkenaan iaitu menghidupkan enjin kereta, memainkan muzik dan menurunkan cermin kereta.

Secara umum, mekanisme pengawalan ini seperti berikut;

Phone command -> Web Server -> Powershell -> Serial Monitor -> Arduino -> Kereta

Pandangan dari dalam kereta;

Bukan itu sahaja, Roshen turut memprogramkan kereta tersebut untuk bergerak sendiri hanya dengan kawalan telefon pintar!

Tesla

‘Myvi Tesla’

Menurutnya, beliau menghadkan kelajuan Myvi pada 1 km/j kerana beliau tidak membuat sensor jarak sepertimana yang dimiliki Tesla. Oleh itu, had kelajuan tersebut sebagai ciri keselamatan supaya pengguna sempat mengubah sebarang objek yang berada di hadapan kereta tersebut.

Selain itu, beliau turut merancang untuk menggabungkan sistem kecerdasan buatan (A.I) dengan kereta bagi membangunkan kereta yang mampu memandu sendiri di atas jalan raya dengan mengenalpasti lorong sendiri.

Genius, kan?

Oh ya, mesti ada yang tertanya-tanya dari mana Roshen dapatkan dana untuk menghasilkan projek ini. Untuk pengetahuan semua, segala kos inovasi ini menggunakan wangnya sendiri.

Jadi, jika ada mana-mana syarikat yang ingin menaja anak muda ini untuk kembangkan bakat dan kebolehannya, boleh lah berhubung terus dengan Roshen di Twitter miliknya.

Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat anda semua terutamanya anak muda. Malaysia boleh!

Sumber: Roshen Maghhan

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.