Siakap Keli

(Gambar) Realiti ‘Longgokan’ Makanan Sumbangan, Pihak Tahfiz Sampaikan Peringatan

Tular di media sosial, perkongsian sebuah pusat tahfiz  mengenai sumbangan makanan oleh individu kepada anak-anak tahfiz dan ahli jemaah surau.

Menerusi gambar yang dimuat naik, tidak dapat dipastikan ia merupakan gambar milik tahfiz tersebut atau tidak, namun, mesej yang ingin disampaikan cukup jelas.

Gambar itu menunjukkan ‘selonggok’ makanan tersebut hanya diletakkan di dalam plastik sampah berwarna hitam sekaligus mengundang kemarahan ramai netizen.

Kesal dengan apa yang berlaku, pihak tahfiz memberi peringatan kepada mereka yang ingin menyumbangkan makanan agar menghantar makanan dalam keadaan baik dan tidak menggunakan plastik sampah.

Peringatan! Assalamualaikum wbt.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan makanan kepada Pelajar-pelajar Tahfiz atau Ahli Jemaah Surau diminta untuk menghubungi atau memaklumkan kepada pihak pengurusan Tahfiz atau Surau terlebih dahulu.

Penghantaran makanan hendaklah dilakukan hanya selepas mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan.

1. Makanan mestilah dihantar dalam keadaan yang baik.

2. Anda dilarang menghantar makanan di dalam plastik sampah. Rujuk Gambar.

Harap Maklum. Sekian

Rata-rata netizen turut menyelar tindakan individu yang menyumbangkan makanan tersebut dengan menganggap ianya merupakan satu tindakan yang tidak wajar.

Dakwa netizen, sekiranya makanan tersebut merupakan lebihan daripada majlis sekalipun, sepatutnya individu itu harus meletakkan di dalam bekas bukan melonggokkan di dalam plastik sampah.

Ingatkan makanan ayam tadi

Biadap sungguh siapa yang bagi makanan cara begini

Ini sisa makanan kenduri

Sampainya hati, janganlah hina orang sampai macam ni

Sumber : Tahfiz Surau Al-Aziziah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.