Siakap Keli
Gambar: FB

(Gambar)Tular Foto-Foto Haiwan Menyayat Hati, Tak Sempat Larikan Diri Dari Kebakaran Hutan

Ketika ini, beberapa negara di Asia Tenggara terutamanya Indonesia dan Malaysia sedang berhadapan dengan bencana jerebu, dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan.

Bukan setakat manusia sahaja yang menderita, bahkan yang paling merasai penderitaan tersebut adalah haiwan liar yang hidup di dalam hutan.

Gambar: FB

Seperti yang kita ketahui, hutan belantara adalah tempat tinggal pelbagai spesis hidupan liar. Dengan kebakaran yang berlaku ketika ini, habitat atau pun rumah haiwan-haiwan ini musnah dijilat api.

Gambar: FB

Bukan itu sahaja, kesan daripada kemusnahan habitat asal mereka ini akan menjerumus kepada pupusnya spesis-spesis haiwan yang ada pada masa kini. Kebakaran hutan yang telah dianggarkan mencapai 1000 hektar di daerah Riau dan Kalimantan Tengah masih lagi tidak dapat dipadamkan.

Gambar: FB

Pelbagai hidupan liar yang terdapat di dalam hutan di Indonesia itu dijumpai hangus terbakar akibat daripada kebakaran yang dicetuskan itu. Hasil daripada kebakaran itu, sejumlah kawasan-kawasan di Indonesia diliputi dengan asap jerebu yang tebal dan agak membimbangkan.

Bukan sahaja di negara itu sahaja, malah asap hasil daripada kebakaran hutan tersebut turut dilihat tersebar ke negara-negara jiran dalam rantau Asia Tenggara. Kes kematian yang disebabkan oleh asap jerebu ini dipercayai telah mengorbankan nyawa seorang bayi baru-baru ini dan banyak juga kes yang membabitkan masalah pernafasan dicatatkan.

Berikut adalah beberapa foto-foto lain yang menyayat hati terjadi kepada hidupan liar di kawasan kebakaran serta usaha-usaha memadam api yang sedang dijalankan.

Gambar: FB
Gambar: FB
Gambar: FB
Gambar: FB
Gambar: FB
Gambar: FB

Sumber: Kompas Bima

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.