Siakap Keli
Gambar hiasan

Jumlah Kes Sakit Mata Di Hospital Kerajaan Meningkat Ketika Musim Jerebu- KKM

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah mengesahkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 20 hingga 30 peratus pesakit luar di hospital-hospital kerajaan berikutan dengan situasi jerebu yang melanda negara kini.

Menurutnya, peningkatan sebanyak 30 peratus pesakit yang dicatatkan rata-ratanya membabitkan kes mata kering dan alegi konjuktivitis.

“Kami ingin tegaskan fasiliti kesihatan khususnya klinik Kementerian Kesihatan bersiap siaga untuk menangani peningkatan mendadak (kes) akibat jerebu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia yang Pertama dan Seminar Keselamatan Pesakit di sini hari ini.

Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kementerian Kesihatan Dr Nor Fariza Ngah menyatakan bahawa, rata-rata pesakit yang merujuk di 42 buah hospital kerajaan mengalami alergi konjungtivitis yang tidak berjangkit.

Antara kes-kes yang dicatatkan meningkat adalah seperti mata merah, berair dan mata kering, ujarnya.

“Kita nasihati pesakit pakai artificial tears yang sesuai dan kurangkan pendedahan kepada aktiviti luaran,” katanya yang juga pakar perunding mata di Hospital Shah Alam.

Beliau turut menegaskan bahawa kesemua hospital kerajaan mempunyai bekalan ubat yang mencukupi dalam menghadapi situasi yang bermusim seperti jerebu ini dan telah belajar daripada musim jerebu yang lepas supaya sentiasa bersedia menghadapi segala bentuk kecemasan yang melanda negara.

Menurutnya lagi, pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam yang berkaitan dengan mata turut meningkat daripada 40 orang sehari kepada 80 orang sehari berikutan jerebu.- BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.