Siakap Keli

Lelaki Bertindak ‘Gila’, Sumbat Muncung Dalam Mulut Bayi Sebelum Lepaskan Tembakan

Seorang lelaki di Arab Saudi telah ditangkap oleh pihak polis selepas satu video yang menunjukkan dia memasukkan sebuah pistol ke dalam mulut bayi tular di media sosial.

Dalam video itu, lelaki tersebut kelihatan sedang memegang bayi tersebut menggunakan tangan kirinya, manakala pistolnya itu dipegang menggunakan tangan kirinya. Dia kemudiannya melepaskan tembakan sebanyak tiga kali, sementara bayi ditangannya itu mula menangis akibat daripada bunyi tembakan yang dilepaskan itu.

Kemudiannya, seorang lelaki lain muncul dan mengambil pistol tersebut, lalu lelaki tersebut bertindak memasukkan pistol yang baru ditembak itu ke dalam mulut bayi tersebut.

Video yang tular tersebut dipercayai di rakam di Riyadh, dan Kementerian Tenaga Kerja Arab Saudi telah menyeru kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan video tersebut untuk segera menghubungi pihak berkuasa agar tindakan selanjutnya dapat diambil.

Jurucakap Jabatan Polis Riyadh, Chaker Sulaiman menyatakan bahawa lelaki tersebut telah berjaya ditangkap. Pistol yang digunakan di dalam video itu juga turut disita.

Lelaki tersebut dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an, dan juga merupakan abang kepada bayi itu. Difahamkan, tembakan itu dilepaskan untuk meraikan sesuatu.

Tembakan bagi meraikan sesuatu adalah salah satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, perbuatan tersebut telah menjadi suatu kebiasaan di negara itu.

“Lelaki yang ditahan itu berusia 20 tahun. Dia telah ditangkap dan pistol yang digunakan di dalam video itu turut disita. Satu tindakan undang-undang telah diambil terhadapnya,” kata Sulaiman.

Gulf News melaporkan bahawa lelaki itu menghadapi tuduhan meletakkan nyawa bayi itu dalam bahaya serta melanggar akta senjata api di negara tersebut.

Sumber: The Sun

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.