Siakap Keli
Gambar: met.gov.my

Tiada Kenaikan Harga Topeng Muka Susulan Jerebu

BATU PAHAT, 17 Sept (Bernama) — Tiada kenaikan dalam harga topeng muka dalam negara susulan jerebu yang melanda negara kini, kerana ia termasuk dalam senarai barang kawalan, dan harganya tidak boleh dinaikkan sesuka hati.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chieng Jen berkata ada lima jenis topeng muka dalam pasaran ketika ini iaitu topeng satu lapisan (gelung telinga); topeng dua lapisan (gelung telinga); topeng tiga lapisan (gelung telinga dan kepala); topeng tiga lapisan (ikatan pada kepala) dan topeng N95.

Beliau berkata jualan topeng muka ini mempunyai harga maksimumnya dan harga jualan bagi topeng berkenaan adalah antara 20 sen dan RM6.00 seunit.

“Bagi kelima-lima jenis topeng ini harga jualannya dikawal di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” kata beliau kepada pemberita selepas Pelancaran Food Bank Siswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), yang turut dihadiri oleh Naib Canselor UTHM Prof Datuk Dr Wahid Razzaly, di sini, petang tadi.

Sementara itu merujuk kepada Food Bank Siswa, Chong berkata ketika ini kira-kira 4,000 pelajar yang terdiri daripada golongan yang memerlukan (kumpulan B40) dari 14 Universiti awam (UA) menerima manfaat daripada program yang dilaksanakan hasil Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 4 Mac lepas.

“Kita menyasarkan 40 institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk politeknik dan institut pendidikan guru (IPG) di negeri ini menjalankan program Food Bank,” katanya.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa