Siakap Keli
Sumber: Twitter

(Video)”Legend Has Fallen”, Netizen Kecoh, Kancil Viral Nak Roboh Akhirnya Kena Tunda?

Boleh jadi duta Perodua. Seorang lelaki menarik perhatian warga maya apabila memandu sebuah kereta Perodua Kancil berwarna hijau tua yang hampir roboh.

Kelibat lelaki bersama ‘Kancil misteri’nya itu sebelum ini pernah dilihat di sekitar Jalan Kuching, Selayang, Templer dan Rawang, Selangor.

Tak terhenti di situ, lelaki itu juga pernah dirakam di Prai, Pulau Pinang. Dahsyat!

Di Pulau Pinang

Jalan Kuching

Terbaru, tular gambar lelaki itu ditahan oleh dua orang anggota trafik.

Berikutan itu, netizen memberi respon yang pelbagai terhadap lelaki tersebut.

“Nak saman pun tak ada nombor plat, menung polis tu”

Dulu pintu nak tercabut, sekarang dah tercabut terus

“Bagi dia kereta satu”

Pengembaraan berakhir

Setelah menjadi lagenda di media sosial, akhirnya zaman kegemilangan kancil tersebut dikatakan berakhir apabila tular gambar kenderaan tersebut diatas kereta tunda dengan salah satu tayar belakang tiada.

Apapun, semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki lelaki tu.

Sumber: Amer AK

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.