Siakap Keli
Foto: Odditycentral

Ajaib, Wanita Berjaya Rawat Ikan Mas Kesayangan, Walau Dah Hilang Hampir Separuh Badan

Seorang wanita dari negara Thailand telah berkongsi status Facebooknya di mana dia merawat ikan mas kesayangannya sehingga berjaya selamatkan nyawa ikan tersebut walaupun keadaan ikan tersebut sangat teruk.

Kata wanita tersebut, enam bulan lalu keadaan ikannya sangat merosot apabila keadaan ekor ikan tersebut putus sehingga bahagian perut. Keputusan wanita tersebut untuk dapatkan ubatan di kedai haiwan hampa apabila pekerja di kedai tersebut tidak dapat menolongnya.

Dari situ, wanita ini nekad untuk selamatkan ikan mas kesayangannya daripada mati. Dia mula merawat sehingga enam bulan dengan memberikan ubat dan penjagaan rapi setiap hari.

Wanita ini mendakwa, hanya beri makan makanan dan ubatan ini sahaja kepada ikan yang hampir mati tersebut kembali sihat.

Paling mengejutkan, separuh badan ikan yang hampir hilang itu tumbuh isi baharu. Kejadian ini seakan-akan peristiwa ajaib dan menakjubkan. Walaupun separuh badan ikan tersebut sudah reput namun bahagian organ dalam masih kuat dan membolehkan ikan ini hidup sehingga sekarang.

Selepas 6 bulan, ikan ini hidup seperti biasa

 

Sumber: Odditycentral

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)