Siakap Keli

Diberi Minum Lima Gelas Kopi Sehari, Bayi Berkelakuan ‘Luar Biasa’ Setiap Malam

Seorang bayi perempuan berusia 14 bulan diberikan 1.5 liter kopi bersamaan dengan lima gelas cawan setiap hari sebagai pengganti susu.

Menerusi laporan media tempatan, kejadian ini berlaku di Sulawesi Barat, Indonesia.  Pasangan suami isteri yang hidup dalam serba kekurangan terpaksa menggantikan sumber susu buat anaknya kerana harga minuman itu yang terlalu mahal.

Pasangan suami isteri ini menjadikan pekerjaan mengupas kelapa sebagai pekerjaan harian dengan pendapatan Rp 20,000 sehari.  Jumlah tersebut nyata tidak mencukupi untuk membeli susu kepada anak mereka itu.

Gambar: Kompas.com

Mungkin disebabkan pengambilan kopi yang berlebihan, ibu bapa kepada bayi berkenaan mendakwa anaknya menjadi seorang yang aktif dan sukar tidur pada waktu malam.

Menurut mereka, setiap kali hendak tidur, bayi tersebut akan merengek mahukan kopi dan sekiranya tidak diberikan, dia tidak akan melelapkan matanya. Pihak kesihatan di sana juga pernah mengunjungi kanak-kanak tersebut dan turut memberikan bantuan berupa biskut dan susu.

“Ia tak bisa tidur kalau tidak minum kopi. Bisa merengek minta kopi sebelum tidur,” kata ibunya.

Selain itu, ahli perubatan juga menasihati agar ibu bapa berkenaan tidak lagi memberikan minuman kopi kerana boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang kepada anak kecil mereka.

Sumber: Tribun Jakarta

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra