Siakap Keli

”Hari-Hari Datang Hantar Makanan Kat Sekolah”, Viral Gambar Nenek Bercangkung Suap Nasi Kat Cucu

Biarpun jasad semakin lemah dimakan usia, kasih sayang datuk dan nenek kepada cucu tetap subur. Inilah yang terzahir dari tindakan seorang nenek yang sanggup berulang alik menghantar makanan untuk cucunya di sekolah ketika waktu rehat persekolahan.

Dalam gambar dikirim Aisyah Alawi dan dikongsikan oleh Anee Hamid di Facebook, kelihatan seorang nenek memberi bekalan makanan kepada cucunya berhampiran pagar didakwa di salah sebuah sekolah di Tawau.

“Aku sempat juga tanya, kenapa tidak masuk dalam sekolah tu, ada seorang makcik ni cakap, pihak sekuriti larang masuk. Aku pun hairan kenapa pula dilarang masuk sedangkan makcik ni hanya hantar makanan untuk cucunya. Hari-hari makcik ni datang hantar makanan untuk cucunya,” kata Aisyah.

Menurut Anee, kemungkinan pihak sekolah meletakkan peraturan ketat buat penjaga atau orang luar untuk masuk ke kawasan sekolah. Maka disebabkan itulah, si nenek mengambil jalan mudah dengan berjumpa cucunya di situ.

Betapa murninya hati seorang nenek yang sanggup mengerah kudrat menghantar bekalan makanan ke sekolah agar si cucu mendapat tenaga untuk belajar demi pendidikan dan masa hadapan yang lebih cerah.

Semoga Allah permudahkan urusan dan rezeki mereka berdua. Moga si cucu dapat mencapai cita-citanya serta menjadi orang yang berguna buat keluarga, masyarakat dan negara suatu hari nanti. Aamiinn.

Sumber: Anee Hamid / Aisyah Alawi

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.