Siakap Keli
Gambar: FB

”Ingat Along Yang Tidur Kat Situ”, Wanita Terkejut Tengok Lelaki Asing ‘Sedap’ Lena Atas Sofa, Siap Berkain Batik Lagi

Kelalaian serta kecuaian diri kita sendiri mampu mendorong kepada kejadian yang tak diingini berlaku. Dalam memastikan rumah sentiasa berada dalam selamat sebelum tidur atau mahu keluar dari rumah, segala pintu serta tingkap perlulah diperiksa terlebih dahulu.

Ianya kerana, kadang-kadang kita pastinya terlupa untuk mengunci segala pintu dan tingkap yang berada di rumah. Ianya penting kerana, pintu dan tingkap yang tidak dikunci berkemungkinan akan mengundang jenayah sekali gus berkemungkinan besar untuk mengancam nyawa serta harta benda anda.

Seperti yang telah dikongsikan oleh Eyda Farahim Fazin ini, pengajaran perlu diambil daripada penulisannya ini bagi memastikan kejadian seperti ini tidak menimpa anda. Ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Berkain batik

Kejadian pukul 4 pagi tadi, mama bangun untuk ke tandas. Lepas tu dia terus ke luar rumah, tengok kawasan rumah, dia masuk balik rumah tengok ada orang tido atas sofa. Dia pi dekat nak tengok siapa sebab selalunya along (sepupu) ada tido dekat sofa tu tapi malam tu dia kerja malam, kadang-kadang dia balik rumah. Lepas tu tengok muka orang lain, orang tu siap tido atas sofa lagi tu pakai kain batik yang duk sidai di luar rumah.

Gambar: FB

Dah empat hari tak tidur

Mama kejut semua orang dalam rumah tu, last-last call polis. Polis pi kejut dia, banyak kali kejut pun dia tak bangun jugak, kejut punya kejut baru dia bangun. Dia cakap dia dah tak tido 4 hari dah. Tu yang tertido dalam rumah orang tu. Dia cakap dia anak saudara orang kampung tu tapi dia tak berani nak pi rumah mak saudara sebab semalam polis dah serbu kampung tu dapat 10 orang dah.

Gambar: FB

Baru keluar penjara

Dia nie baru keluar penjara 6 hari. Segala barang menghisap tu dia letak dalam beg duit adik aku yang bongsu, dalam beg duit tu ada duit tapi dia tak amik duit pun.

sekarang polis pun dah amik dia bawa ke balai dan mama abah dah pun pi buat report polis. Syukur Alhamdullilah tiada apa-apa yang terjadi dalam rumah tu.

Aku nie yang duk jauh jadi risau sungguh la, lepas nie jangan lupa sebelum tido kunci pintu rumah dan tingkap. Kalau boleh double check lagi sekali takut jadi macam nie la weiii. Allahuakhbar.

Gambar: FB

Sumber: Eyda Farahim Fazin

Aqmal Ezany

I write what is right