Siapa tak terkejut kalau ternampak kelibat pocong di atas bumbung atau di dalam kereta ketika memandu di malam hari. Silap haribulan boleh terbabas dibuatnya.
Inilah yang dihadapi oleh pengguna Facebook, Mohamad Hasnaim yang ternampak pocong terbaring di atas bumbung kereta hadapannya. Lebih mengejutkan apabila ia tergolek jatuh ke atas jalan. Gelabah mereka dibuatnya!
“Assalamualaikum warga Kulim, kejadian ni semalam jadi kat saya sendiri. Anggaran dalam pukul 1 macam tu.. Balik dari Kulim Mall. Atas sikit daripada MCD ja..” kata Hasnaim.
Rupa-rupanya ‘pocong’ itu adalah buatan individu nakal yang sengaja ingin menakut-nakutkan orang lain.
“Memang takdak apa.. Cuma hati-hati.. Mungkin ni salah satu taktik nak rompak. Apapun hati-hati. Kalau betul hampa (korang) nak melawak main, bukan macam ni cara dia. Ni hampa nak aniaya orang sungguh.
“Kalau ada ternampak kereta ni, usha-usha lah tengok sapa,” tambahnya.
‘Pocong’ tersebut hanyalah bungkusan yang diisi dengan plastik

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dari warga maya.
“Bukti dah ada, lapor la polis..”
“Depa tak jumpa lagi hantu betul..”
“Kenapa buat aniaya orang, nak melawak tak kena cara..”
Pemilik kenderaan tampil
Berikutan itu, pemilik kenderaan tampil menjawab tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.
“Minta maaf ye. Jangan nak tuduh sebarangan. Saya tuan punya kereta. Bo*** ke saya nak buat macam tu. Salah ke saya pergi ambil balik kerja di Giant. Kalau saya nak aniaya orang macam tu, buat apa saya letak nombor plat yang betul. Lain kali ada akal tu fikir sikit. Nak kata budak, dah dewasa.”
Video berkenaan turut dimuat naik di Info Roadblock JPJ/POLIS dan mendapat respon daripada netizen.
Sumber: Mohamad Hasnaim