Siakap Keli

“Macam Mana Rezeki Nak Berkat Kalau Asyik Burukkan Tempat Kerja,” Ini Cara Berkesan Atasi ‘Sengketa’ Dengan Majikan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ramai di kalangan mahasiswa universiti yang sudah tidak sabar untuk memasuki alam pekerjaan, punyai profesion impian, miliki wang, kenderaan dan rumah, Namun ternyata semua realiti tak seindah mimpi, banyak perkara yang perlu dihadapi untuk mencapai segala yang diingini.

Terutamanya ketika berada di pejabat, seseorang perlu berhadapan dengan kerenah majikan mahupun rakan sekerja. Perkara biasa apabila masing-maisng akan bertelagah mempertahankan pendapat mahupun hasil kerja. Muncul perasaan tidak puas hati, marah dan kecewa yang  akan terus membelenggu diri sehingga mengganggu tugasan harian.

Tidak tahu tempat hendak diluah, ramai yang memilih untuk berkongsi rasa di media sosial. Oleh itu, Norizan Sharif yang sememangnya terkenal dalam memberikan nasihat dan tips tentang dunia pekerjaan ada memuatnaik ciapan di laman twitternya mengenai perkara ini.

Beliau berpendapat bahawa seseorang individu harus bersikap profesional dan matang ketika menghadapi situasi sedemikian rupa.

Sekiranya ada masalah, jumpa bos, bincang elok-elok. Usah ingat kita seorang yang ada masalah, bos pun ada masalah juga. Banyak masalah di tempat kerja berlaku kerana bos dan staf tak reti nak berbincang atau berunding dengan baik.

Apabila staf maki hamun dan guna bahasa kasar di media sosial, itu petanda sebahagian masalah datang dari staf itu sendiri. Kalau itulah cara kita berkomunikasi, usah harap orang nak hormat kepada kita.

Cukuplah cipta alasan. Berubah jika kita mahu berjaya.

Ciapan yang mendapat lebih dari 10,000 tanda suka itu tentunya dipenuhi dengan pelbagai reaksi dan komen dari warga net yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Norizan.

Kena kekalkan hubungan yang baik, masuk cara baik, keluar pun cara baik

Ramai  yang tak memahami tanggungjawab masing-masing dan tiada hormat antara satu sama lain

Pastikan siasat dahulu sebelum bertindak mengatasi masalah tersebut

Tangan yang pernah menghulur walau sesuap nasi mesti dibalas dengan kebaikan, Insyallah Allah sentiasa berikan rezeki yang terduga

Semua terikat dengan undang-undang dan etika, semuanya kena diselesaikan melalui perbincangan atau pendakwaan

Jangan sesekali mengutuk bekas majikan anda walau seteruk mana pun dia

Macam mana nak dapat gaji berkat jika sentiasa memburukkan tempat kita cari rezeki

Sumber: Norizan Sharif

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.