Siakap Keli

Wira Yang Dilupakan, Kisah ”Iban Trackers” Berjuang Untuk Tanah Air Tapi Jasadnya Pernah Hanya Disemadikan Di Tepi Jalan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai sorang rakyat Malaysia, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi pada hari ini. Ini kerana, keamanan dan kesejahteraan yang ada pada hari ini adalah hasil daripada keringat titik peluh perjuangan pejuang-pejuang tanah air yang pernah memperjuangkan hak kebebasan dan kemerdekaan negara yang bernama Malaysia ini.

Kita sudah sedia maklum bahawa Malaysia atau nama yang dikenali pada masa lalu, Tanah Melayu adalah merupakan sebuah negara yang pernah dijajah oleh pihak British, Jepun serta Komunis. Berkat keberanian pahlawan-pahlawan negara yang hidup pada masa itu dalam membebaskan negara daripada ditindas dan dijajah sehingga berjaya menuntut kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 perlulah sentiasa diingati.

Tidakkah kita semua sedar bahawa fungsi anggota-anggota keselamatan di negara kita ini adalah menjaga keselamatan bagi mengekalkan keamanan negara yang kita sedang nikmati ini. Jadi, untuk memperingati semula tentang bagaimana susahnya pejuang-pejuang terdahulu dalam mengecapi keamanan yang kita nikmati sekarang, ikuti perkongsian yang telah dikongsi oleh Syahril A. Kadir seperti berikut:

PENGORBANAN IBAN TRACKERS, SARAWAK RANGERS YANG DILUPAKAN…

Gambar batu nesan tepi jalan itu adalah sebuah kubur salah seorang anggota tentera dari kumpulan peninjau yang dikenali sebagai “Iban Trackers dan Sarawak Rangers”. Namanya Lans Korporal Ungkok anak Jugam. Dia dipercayai terkorban di antara tahun 1948 – 1960

Nak tahu kat mana lokasi kubur dia? KM4 Jalan Langgar, Alor Star, tepi jalan besar je kedudukannya.

Gambar: FB

Untuk pengetahuan korang, dia di antara anak muda yang sanggup meninggalkan keluarga di Sarawak untuk membantu tentera British khususnya dari Rejimen Gurkha berjuang menentang pengganas komunis di Malaya dan Singapura pada era darurat (masa tu Sarawak belum bergabung dengan Malaya)

Berbalik pada kubur tepi jalan tu, nasib baiklah atas usaha Let. Kol (B) Robert Rizal Abdullah dan rakan-rakannya, kubur mendiang telah dialihkan dan seterusnya dipindahkan ke tempat yang sewajarnya.

Gambar: FB

Dan aku sangat terharu kerana kira-kira lapan tahun lepas, kerajaan telah membuat satu keputusan tepat untuk mengkebumikan semula kesemua rangka 21 anggota Iban Trackers yang terkorban di Semenanjung dan Singapura ketika menentang komunis dulu.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, langkah itu dilakukan bagi memastikan kesemua anggota Iban Trackers yang terkorban dikebumikan di tanah kelahiran mereka.

“Keadaan darurat pada masa itu membuatkan mereka (Iban Trackers) dikebumikan serta-merta di tempat mereka terkorban. Bagaimanapun negara kini sudah aman. Jadi kita berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana bersetuju membawa pulang kesemua pahlawan Iban ini dari tempat mereka disemadikan,” katanya pada majlis ‘Miring Ops Mai Pulai’ (Ops Bawa Balik)

Anggota Iban Trackers itu antaranya ialah Ungkok Jugam, Jaweng Jugah, Unggat Ujom, Ugap Utut, Letan Kusing, Nyambik Pasang, Kumpang Tinggi, Bulan Kasau, Kelambu Gadung, Untang Engan, Rejap Bagi, Entap Tulu.

Gambar: FB

Turut dibawa pulang ialah Nyantau Juna, Manit Cheling, Nyaru Talap, Mat Akit, Empati Dugu, Adrain Tandang, BS Utot Tanggang, Dampi Berain dan Janggak Ingkoi.

Enam kumpulan khas ditubuhkan untuk menggali semula kubur mereka yang terletak di Alor Setar, Kedah; Batu Gajah dan Kemunting, Perak; Cheras, Kuala Lumpur; Terendak, Melaka dan Keranji di Singapura.

Kesemua rangka pejuang tersebut terlebih dahulu dikumpulkan di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur sebelum diterbangkan ke bandar raya ini menggunakan pesawat Hercules Charlie pada keesokan harinya.

Gambar: FB

Ingatlah, jasa para pejuang Iban ini pada negara kita sangat hebat dan tiada galang gantinya…tiada apa yang dapat kita balas bagi membalas keberanian dan kecekalan mereka terhadap negara kita yang tercinta.

Sayang sekali, mereka tidak dapat melihat pembentukan Malaysia dan kemakmuran yang kita semua nikmati ketika ini. Jika tanpa sumbangan dan pengorbanan anggota Iban Trackers, mungkin kita tidak dapat hidup aman dan selesa seperti mana yang kita nikmati sekarang.

Selamat Hari Malaysia, Selamat Hari Pahlawan

Salute untuk mereka…AGI IDUP AGI NGELABAN!

SYAHRIL A. KADIR
Wartawan Tanpa Sempadan

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.