Siakap Keli
Gambar Hiasan

PM Pernah Isytihar Darurat, Ini 3 Sejarah Kejadian Jerebu Terburuk Pernah Melanda Malaysia

Fenomena jerebu yang melanda negara Malaysia merupakan yang terburuk dalam sejarah sehingga menyebabkan ratusan sekolah terpaksa ditutup serta penerbangan terpaksa dibatalkan.

Ya, jerebu merupakan satu keadaan di mana jarak penglihatan terbatas di udara yang berpunca daripada serakan cahaya boleh nampak oleh zarahan terampai, gas atau wap air atmosfera.

Jadi, sudah pelbagai tips kesihatan yang dikongsikan oleh pihak Kementerian untuk masyakarat yang perlu diikuti supaya kesihatan tidak terjejas. Memandangkan keadaan jerebu di negara kita mencatatkan bacaaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi.

Justeru, bila diingatkan semula kejadian darurat beberapa abad yang lalu akibat daripada jerebu dengan bacaan IPU melebihi 500 iaitu berada pada tahap sangat bahaya.

Untuk pengetahuan anda, darurat bencana jerebu pada tahun 1997 diisytiharkan di Sarawak dengan bacaan lebih daripada 500.

Pada tahun 2005, sekali lagi diisytiharkan darurat di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang apabila bacaan IPU di kedua-dua kawasan tersebut masing-masing mencatat 531 dan 529.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2013, Muar dan Ledang telah diletakkan dalam status darurat bencana pada Ogos 2013 apabila bacaan IPU di kawasan tersebut mencatatkan pada tahap bahaya.

Pada ketika itu bacaan IPU di Muar mencecah 746 pada tahap bahaya. Petik daripada sumber berita, walaupun pada pukul 7 pagi namun ia seakan menjelang senja kerana keadaan sangat berkabus dan kelam.

Semoga kejadian jerebu kali ini tidak melarat sehingga terpaksa isytihar darurat.

Sumber: Muhammad Syafiq

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)