Siakap Keli

Siap Ada Bangkai Kucing, Ingatkan Junior Join Sukarelawan Bersihkan Rumah Orang Mesir, Rupa-Rupanya…

Ya, masih ada segelintir individu yang tidak menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal. Boleh dikatanya ada orang yang suka melihat kecantikan tetapi tidak suka menjaga kebersihan.

Sebagai orang yang mempunyai tinggi adab, seharusnya kita tahu adab sebagai seorang penyewa serta kebersihan kediaman yang patut dijaga seperti rumah sendiri. Bayangkan anda makan bersama-sama sampah dikeliling, jijik bukan? Jadi, jagalah kebersihan supaya terhindar daripada sebarang penyakit dan hendaklah menjaga barangan orang lain yang kita gunakan.

Apa yang dikongsikan oleh salah seorang penuntut di Mesir berkata di laman Twitternya pada awalnya, salah seorang junior ada menyertai satu aktiviti sukarelawan tolong bersihkan rumah orang di Mesir namun jangkaannya salah apabila juniornya itu sertai aktiviti untuk bersihkan rumah jirannya yang dipercayai merupakan penuntut dari Malaysia.

Punya excited nak balik Malaysia sampai tinggal rumah sewa dalam keadaan macam tu. Tuan rumah sampai nak halau. Kalau aku jadi tuan rumah pon aku halau penyewa macam tu. Tengoklah peti ais dia mcm mana. Haihh.

Bila hubungi buat diam je, ingatkan kat Malaysia jaa jadi macam ni, rupanya ada jugak yang bawak tabiat buruk ni ke tempat orang.

Tuan rumah sampai nak halau budak-budak tu. Kalau aku jadi tuan rumah pon aku halau budak-budak tuhh. Tengoklah peti ais dia mcm mna. Haihh

Wanita ini mendakwa hanya seorang penuntut sahaja yang menyewa rumah tersebut yang pulang bercuti di kampung halaman selama tiga bulan. Ada gambar seekor kucing yang dikatakan sudah menjadi bangkai, dakwanya ia bukanlah kucing jagaan penyewa ini, mungkin ia datang dari luar.

Namun, sesetengah netizen ada yang menyelar tindakan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu.

“Kalau jadi ‘housemate’ ni memang udah dibagi tekanan suruh kemas. Gelinya…”

“Tapi tingkah laku tak sama dengan otak…”

“Wan selalu pesan, biar rupa takde asalkan pembersih”

Ada juga yang berkongsi pernah ada housemate yang berkelakuan seperti ini.

Sebagai seorang penyewa yang berhemah dan ada sikap tanggungjawab, anda jagalah kebersihan diri luar dan dalam dengan baik.

 

Sumber: Twitter

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)