Siakap Keli

Makin Parah, Bandar Di Malaysia Catat Ranking Pertama Kualiti Udara Paling Teruk Dunia

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh laman Airvisual.com, setakat jam 8 malam hari ini, Malaysia dilaporkan berada di tempat pertama dan kedua sebagai negara yang mempunyai kadar Air Quality Index (AQI) yang terburuk.

Laman web tersebut memantau kualiti udara seluruh dunia secara ‘real-time’ dan mencatatkan dua bandar di Malaysia iaitu Kuala Lumpur dan Kuching, Sarawak di tangga pertama dan kedua dengan bacaan 217 AQI dan 184 AQI, sekaligus menjadi lokasi yang mempunyai kualiti udara paling tercemar di dunia.

Menurut AirVisual, Kuching turut menjadi satu-satunya lokasi di mana AQI menunjukkan warna ungu di mana tahap kualiti udara ditandakan sebagai ‘sangat tidak sihat’.

Singapura dan Jakarta pula berada ditempat ketiga dan kesembilan dengan bacaan AQI 165 dan 123 selepas Malaysia.

Sumber : AirVisual

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra