Siakap Keli

(Video) Puluhan Burung Tiba-Tiba Jatuh Ke Tanah, Perakam Video Dakwa Burung Bertaburan Mati Akibat Jerebu

Fenomena jerebu yang melanda Malaysia semakin membimbangkan sehingga mengakibatkan beratus-ratus buah sekolah di tutup di beberapa buah negeri yang terjejas. Malah keadaan ini bukan sahaja akan mempengaruhi penglihatan tetapi juga menjejaskan kesihatan berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat.

Malah ada ura-ura yang mendakwa bahawa keadaan ini terjadi ekoran kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia. Negara sebarang dikatakan sudah diselubungi jerebu selama berminggu-minggu sehingga menyebabkan udara di sana berada pada tahap berbahaya.

Pagi tadi, tular sebuah video di laman twitter yang didakwa terjadi di salah satu kawasan di Indonesia. Rakaman berkenaan memaparkan kejadian sadis di mana berpuluh-puluh burung terkulai jatuh di tanah dan perakam video dakwa akibat terhidu udara tidak sihat itu.

Suasana di sana juga terlihat suram dengan langit yang dipenuhi ‘asap putih’. Menurut si pemuatnaik, video berkenaan telah dikirim oleh seorang temannya melalui aplikasi Whats App.

Ciapan tersebut tentunya dihujani dengan pelbagai reaksi dan kritikan dari warga net yang khuatir dengan kualiyi udara yang semakin membimbangkan.

Tak kisah la berlaku di mana pun, takkan masih nak berdiam kalau dah keadaan macam ni?

Kejayaan yang akhirnya membinasakan, apalah guna kematangan fikiran

Paling sedih bila kita selalu bertolak ansur, tapi pihak berkuasa masih tak berbuat apa-apa

Ingatkan penyu je tercekik, rupanya burung pun lemas

Sumber: Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.