Siakap Keli

(Video) “Korang Tak Percaya Duit Boleh Jatuh Dari Langit,” Orang Awam Terpukau Tiba-Tiba Duit Berterbangan Di Udara

Salah satu kawasan kejiranan termiskin di Hong Kong menyaksikan satu adegan ‘ajaib’ tatkala menyaksikan wang kertas berterbangan jatuh umpama hujan. Seorang jurucakap polis berkata bahawa pasukannya telah menerima laporan mengenai seseorang lelaki yang mengagihkan wang di Fuk Wa Street, Sham Shui Po, dan pegawai-pegawai telah dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat.

Seorang wartawan ada melihat sejumlah wang kertas berhampiran dengan sebuah arked permainan video namun para pengawal di sana tidak membenarkan sesiapa pun mengambilnya. Polis kemudian berkata pegawainya di tempat kejadian telah mengumpul kira-kira HK $ 5,000 (RM 2672.00) tetapi tiada siapa yang telah ditangkap.

Setelah itu, mula tular sebuah video di laman twitter yang memaparkan seorang lelaki ber’hoodie’ hitam membuat pengumuman,

“Hari ini, 15 Disember, adalah hari terbesar untuk syarikat saya dalam dunia perdagangan. Saya harap semua orang di sini akan menjadi saksi kepada peristiwa penting ini. Saya tak pasti sekiranya ada di antara kamu semua yang percaya bahawa wang boleh jatuh dari langit.”

Selesai sahaja ucapannya itu, kamera menunjukkan sisi kanan di mana wang kertas berterbangan jatuh dari bumbung sebuah bangunan.

Berikutan itu, pihak polis cuba untuk memburu lelaki di dalam video berkenaan. Lelaki terbabit dipercayai sebagai pemilik sebuah syarikat yang mempromosikan mata wang kripto (Cryptocurrency).

Lelaki itu turut memuatnaik sebuah video yang di mana dia mendakwa dia hanya ‘merompak’ orang kaya untuk membantu orang miskin. Dia turut mengatakan bahawa dia tidak patut di salahkan bagaimana wang-wang tersebut boleh jatuh dari langit.

Disebalik kejadian itu, ada pihak mendakwa bahawa tindakan lelaki terbabit adalah salah dan telah melanggar peraturan ordinat awam dengan menyebabkan gangguan di tempat awam. Dan jika dia disabitkan bersalah, dia boleh dikenakan penalti maksimum sebanyak HK $ 5,000 (RM2672.00)  dan 12 bulan penjara.

Oleh itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak mengambil wang berkenaan dan memulangkannya semula kepada pihak polis.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=4fpaMmOQ-7U?start=2]

Sumber: South China Morning Post 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)