Siakap Keli

(Video) Buat Juri Terpukau, Lelaki Autism Ini Catat Sejarah Jadi Juara America Got Talent

Rancangan realiti TV terkenal di dunia , ‘American Got Talent 2019’ telah mengumumkan pemenang pada hari ini. Secara rasmi lelaki yang berusia 22 tahun ini menjadi juara dengan kemerduan suaranya ketika menyanyi.

Difahamkan melalui petikan ini, Kodi Lee merupakan seorang insan autism dan kecacatan penglihatan yang memiliki suara yang sangatmerdu sehingga memberi keterujaan para juri Simon Gowell, Howie Mandel, Gabrielle Union dan Julianne Hough sejak daripada sesi uji bakat lagi.

Menurut USA Today, Kodi Lee bukan sahaja menarik  perhatian juri malah seluruh rakyat Amerika ketika menyanyikan lagu “A Song For You” oleh Leon Russell.

Kata salah seorang juri rancangan tersebut, dia sangat kagum dengan bakat yang luar biasa ditonjolkan oleh Kodi ini sehingga tidak membuang masa juri memberikan markah penuh dan pernah mendapat ‘Golden Buzzer’ sehingga mencuri perhatian penonton.

(Video)”Golden Buzzer”, Persembahan Hebat Lelaki Buta Dan Autism Ini Buat Juri America’s Got Talent Menangis

Menurut jurucakap rancangan tersebut, pada suku akhir rancangan tersebut pihak juri sekali lagi menguji Kodi menyanyikan lagu klasik “Bridge Over Troubled Water”.

“Kamu benar-benar merupakan insan paling luar biasa antara yang lain dengan bakat yang ada sangat mengagumkan, semoga Tuhan memberkati kamu,” kata Simon salah seorang juri rancangan tersebut.

Walaupun dalam rancangan tersebut dilihat Kodi Lee merupakan salah seorang peserta kegemaran, dia tetap perlu bersaing dengan yang lain antaranya Voices of Service, Detroit Youth Choir, Tyler BUtler-Figuerca dan peserta yang lain.

Sumber: Goodhousekeeping

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)