Siakap Keli
Gambar: Norzizi Zulkifli

”Empat Bini Pun Tak Mampu Jaga Papa Macam Kamu Anak-Beranak Jaga Papa”

Siapa tak cuak bila ibu atau ayah sebut tentang hidup mati. Pasti tak tenang dan teringat-ingat ayat mereka dalam kepala.

Pengarah, pelakon dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli baru-baru ini berkongsi gambar bapanya dengan kapsyen yang menyentuh hati.

“Kami baru makan sahur dengan tiga anak, tiba-tiba papa kata,

“Zi, bila papa mati, hang beritahu semua adik-adik, terima kasih banyak-banyak kerana menjaga papa dengan baik.

“Kalau papa kahwin 4 bini pun takkan dapat macam mana hangpa semua jaga papa. Anak-anak papa memang terbaik!”

“Tak termasuk ke mulut makanan yang sedang cuba saya suapkan dan saya toleh ke dia. Cuak juga hati ini. Bukan sempurna pun apa yang kami jaga adik beradik.”

Norzizi bersama adik beradiknya sering bergilir-gilir menjaga ayah mereka yang mengalami lumpuh separuh badan sebelah kiri sejak 2016.

“Pertukaran shif tadi.” -Norzizi

Bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham, Norzizi berkata, bapanya bukanlah berkahwin empat, cuma sekadar membuat perbandingan sekiranya beliau berkahwin empat.

“Saya pos semula kiriman saya sendiri mengenai pesan papa ‘kalau dia kahwin empat pun, isteri-isteri takkan mampu jaga seperti anak-anak beliau jaga.’

“Bukannya dia kahwin empat dan bini-bini dia tak jaga dia,” katanya.

View this post on Instagram

Ok ini saya repost story sy sendiri mengenai pesan Papa mengenai kalau dia kahwin 4 pun, isteri2 takkan mampu jaga seperti anak2 beliau jaga. Bukannya dia kahwin 4 dan bini2 tak jaga dia 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️#repost @norzizizulkifli ・・・ Kami baru makan sahur bersama dengan tiga anak, tiba2 Papa kata “Zi, bila Papa mati, hang beritahu semua adik2 Terima kasih banyak-banyak kerana menjaga Papa dengan baik. Kalau Papa kahwin 4 bini pun takkan dapat macam mana hangpa semua jaga Papa. Anak2 Papa memang terbaik!” Tak termasuk ke mulut makanan yg sedang cuba sy suapkan dan sy toleh ke dia. Cuak gak hati ini. Bukan sempurna pun apa yg kami jaga adik beradik. *** gambar ni sy amik lepas dah makan la. Bukan nk tido sangat Papa ni. Sat suruh angkat, sat suruh bawak ke meja makan. Sat bawak ke tv. Kita jadi sama tak leh tido dengan dia 🤣🤣🤣. Today Papa behave, dia dok kat meja makan je. Smua dia pikir, dia dalam perarakan orang Melayu berarak dari Johor ke KL. Dia sedih akan perjuangan/nasib orang2 Melayu. Dia jugak risau sekiranya Sabah di serang. Itu antara apa yang sempat diceritakan oleh beliau. Ok Salam Subuh everyone. Sy nak hantar anak ke UPSR. @zazazulkafli @zilazulkifli @zazleenzulkafli @zabaiqzulkafli p/s yang paling banyak jaga mama papa is @zazazulkafli di bantu dengan yang lain. Yang paling sikit jaga adalah sy. Jd jgn puji sy. Puji adik2 sy yg lain yg begitu devoted menjaga kedua Ibu bapa ❤️

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

Sumber: Norzizi Zulkifli

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.