Siakap Keli
Gambar: SWNS:SOUTH WEST NEWS SERVICE

Macam Tulang Tersembul Keluar, Warga Emas Alami Ketumbuhan Aneh ”Devil Horn” Di Kepala

Seorang lelaki di India baru-baru ini telah mengucapkan selamat tinggal pada sejenis ketumbuhan yang mempunyai rupa seakan-akan tanduk sepanjang 10 cm yang tumbuh di atas kepalanya.

Shyam Lal Yada, yang berasal dari Rahli di Madhya Pradesh, difahamkan telah mengalami kecederaan di kepala pada tahun 104, dan itulah yang menyebabkan terjadinya tanduk di kepalanya.

Pada mulanya, dia hanya membiarkan sahaja benjolan yang berada di kepalanya itu kerana tidak mendatangkan kesakitan terhadapnya. Akan tetapi, apabila benjolan tersebut mula mengeras dan mulai tumbuh semakin tinggi, lelaki yang berusia 74 tahun itu segera mendapatkan bantuan di sebuah hospital yang terletak di Sagar.

SWNS:SOUTH WEST NEWS SERVICE

Dr. Vishal Gajbhiye yang merawat pesakit itu menyatakan bahawa ketumbuhan itu adalah sejenis ketumbuhan yang bernama sebaceous atau lebih dikenali sebagai tanduk syaitan.

Sebaceous mengandungi keratin dan kebiasaannya dijumpai di kuku kaki dan rambut.

Menurut Gajbhiye, dia telah berjaya mengeluarkan tanduk itu menggunakan pisau cukur yang disteril serta menampal kulit untuk menutup lubang yang ada di kepalanya selepas tanduk tersebut berjaya dikeluarkan.

SWNS:SOUTH WEST NEWS SERVICE

South West News Service melaporkan bahawa lelaki itu kini sudah sembuh sepenuhnya.

Gajbhiye turut menyatakan bahawa, besar kemungkinan ketumbuhan itu akan terjadi lagi dan pastinya akan memerlukan rawatan di masa hadapan untuk membasmi ketumbuhan itu.

Menurut South West News Service, Gajbhiye telah menghantar kes tersebut ke International Journal of Surgery untuk dijadikan panduan pada masa akan datang kerana kes ini adalah kes yang jarang-jarang sekali berlaku.

Sumber: The Sun

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.