Siakap Keli

“Malangnya Ramai Orang Tak Sukakan Saya,” Tony Fernandes Umum Letak Semua Jawatan Lembaga Pengarah Kecuali AirAsia

Tan Sri Tony Fernandes yang merupakan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd dalam satu ciapannya di laman twitter telah mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah dalam semua syarikat kecuali di AirAsia dan AirAsia X.

“Sebagai langkah pertama untuk mengundurkan diri dan menggerakkan generasi kepimpinan @AirAsia seterusnya ke hadapan, saya akan meletakkan semua jawatan sebagai Lembaga Pengarah kecuali  di @AirAsia dan Airasia X,”

Perkara ini diputuskan sendiri oleh beliau untuk memberi peluang kepada generasi baru.

Seperti yang diketahui, selain dari AirAsia dan AirAsia X, beliau juga adalah salah seorang ahli lembaga pengarah kepada syarikat lain seperti Tune Air Sdn Bhd, Tune Group, Tune Hotels Sdn Bhd, Crescent Point Group, Caterham Cars Ltd, Loftus Road PLC serta beberapa lagi syarikat sendirian berhad, senaraian awam mahupun agnesi kerajaan.

Namun dalam ciapannya yang terbaru semalam, Tony seolah-olah meluahkan rasa yang terbuku dalam hatinya selama ini.

“Hampir 19 tahun. 2 pesawat ke 270 pesawat. Begitu ramai orang yang cuba menentang kami, tapi 600 juta orang telah mendapat manfaat daripada ‘pertempuran’ ini, tidak menerima monopoli. Malangnya ramai orang  yang tidak sukakan saya, tapi benar, mereka hanya lakukan apa yang mereka fikirkan betul.”

Dengan pengikut melebihi 1 juta di laman twitter, tentunya ciapan tersebut pantas dihujani dengan pelbagai reaksi dan komen yang rata-rata memberikan dorongan dan semangat kepada beliau.

Dalam dunia bisnes ni, mungkin ramai yang akan terasa iri dengan kejayaan anda

Jika bukan untuk anda dan ‘mimpi’ anda, saya tidak akan dapat capai impian saya hari ini

Tony, teruskan kemaraan! Jangan fikir apa yang orang lain katakan kepada anda. Teruskan jadi contoh yang baik kepada staf anda

Terima kasih beri peluang, abang saya sekarang sedang menuntut di Akademi Juruterbang Air Asia

Air Asia beri banyak pekerjaan kepada masyarakat, Sebagai rkayat Malaysia kita kena berbangga

Malah ada seorang yang mendakwa dirinya sebagai salah satu individu yang telah gagal di penilaian peringkat terakhir ketika menghadiri program latihan juruterbang.

Dia mengatakan bahawa Tony pernah memberitahunya supaya teruskan berusaha untuk mencapai cita-cita.

Sumber: Tony Fernandes

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)