Siakap Keli

Orang Sekeliling Terkejut, Rakaman Kereta Kancil Rempuh Lelaki Terbaring Tular

Kejadian jenayah dilihat semakin parah dalam komuniti masyarakat sekarang dan perkara ini sangat merisaukan rata-rata masyarakat terutamanya sekiranya ahli keluarga mereka menjadi mangsa. Bukan setakat boleh menyebabkan kerugian harta benda, kejadian jenayah juga boleh mengakibatkan kecederaan malah turut boleh menyebabkan kematian.

Baru-baru ini tular sebuah rakaman video yang memaparkan insiden ngeri melibatkan sebuah kereta dan beberapa orang individu serta seorang lelaki yang sedang terlantar di bahu sebuah jalan.

Menerusi rakaman, kereta Kancil yang dipandu seorang lelaki dilihat bergerak kehadapan dan melanggar seorang lelaki sedang terbaring di hadapan kereta tersebut. Tindakan itu telah menyebabkan beberapa individu yang berada di situ menjerit terkejut.

Kemudian itu, kereta Kancil tersebut mengundur dan terus memecut laju meninggalkan individu yang dilanggar tadi. Walau bagaimanapun, tidak diketahui motif sebenar pelaku bertindak sedemikian.

Akibat daripada pelanggaran itu, gambar mangsa yang dikongsi jelas mengalami kecederaan parah dibahagian muka.

Rata-rata warganet yang melihat rakaman tersebut menyuarakan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan suspek.

“Nilai kemanusiaan semakin padam”

“Kejamnya, apasal dilanggar lagi tu”

“Nak masuk 2020 undang-undang dah jadi bawah tapak kaki. Langsung takda perasaan takut”

Sumber: Facebook

syafiq halim

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.