Siakap Keli
FOTO: SITI AZLINA LYNN

“Patutlah Aqil Dijemput Ke Syurga,” Ibu Saudara Dedah Aqil Tak Pernah Tinggal Solat, Walau Baru Usia 6 Tahun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehilangan insan tersayang tersangatlah perit. Tambah lagi pemergian itu tanpa dijangka pastinya amat menyakiti. Masihkah anda ingat tentang arwah adik Aqil yang meninggal disebabkan lemas di kolam ketika menginap di sebuah hotel baru-baru ini.

Pemergiannya amat dirasai oleh seluruh kaum keluarganya termasuklah ibu bapa dan ibu saudara mangsa yang difahamkan sangatlah rapat dengan arwah.

Perkongsian pilu ini oleh seorang pengguna Facebook dipercayai ibu saudara arwah iaitu Siti Azlina Lynn mengenai kisah anak saudaranya semasa hayatnya didunia.

Menurut wanita ini semasa dihubungi, anak kecil ini seorang yang soleh. Hari-hari mengaji. Bahkan, dia mendakwa sebelum check in hotel pun Aqil sempat ajak papanya solat dan mengaji.

Patutlah aqil dijemput ke syurga, aqil budak yang sangat soleh. Acik bangga dengan aqil, ada satu hari tu acik datang rumah aqil. Aqil tengah mengaji dengan papa.

Kat sekolah Aqil dah puas solat, mengaji semua. Balik sekolah, datang rumah opah dengan atok. Waktu maghrib Aqil solat dengan Rizqi, Rifai, Aleesya, dan Aqil mesti akan duduk depan jadi imam. Ya Allah, mulianya Aqil.

Dengan umur sebegini dah tahu semuanya. Perjalanan aqil ke syurga sangat mudah. Aqil selalu jadi perhatian semua orang, sebab aqil comel Aqil keletah. Semua orang dekat dengan Aqil tapi tak perasan Aqil akan pergi dulu.

“Aqil nanti tarik mama dengan papa semua ke syurga tau”

Bangganya dengan papa Aqil, Midie Zein dan mama Siti Juliana Mhd Halil didik Aqil. Dah selesai tanggungjawab kakak dengan abang aku didik Aqil dengan sempurna. Aqil nanti tarik mama dengan papa semua ke syurga tau.

Aqil, ramai rindu aqil. Hari kedua tanpa aqil. Beratnya nak terima, kalau boleh masa diputarkan semula, kami akan putarkan. Tapi ni semua sudah takdir, Aqil kena pergi dulu ke syurga. Sebab nanti aqil akan tarik kami semua ke syurga.

Walaupun mama Aqil nak dapatkan Aqil kena tunggu 6 tahun. Allah SWT bagi pinjam tak sampai 5 tahun untuk berkasih sayang dengan Aqil. Mama, papa, opah, atok semua redha sayang. Sebab Aqil anak soleh. Memang layak ke syurga. Tenanglah wahai anak syurga

Marilah kita semua sedekahkan Al Fatihah kepada anak syurga ini.

Sumber: Siti Azlina Lynn

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)