Siakap Keli

Pesawat Patah Balik Lepas 3 Jam Berlepas, Juruterbang Dakwa ‘Windshield’ Kokpit Retak

Satu penerbangan dari Sydney ke Balu terpaksa berpatah balik mendarat di Melbourne selepas juruterbang melaporkan terlihat keretakan pada cermin bahagian depan kokpit. Insiden tersebut melibatkan sebuah pesawat milik Jetstar Airlines.

Pesawat Jetstar JQ37 didakwa berlepas dari Sydney pada jam 5 petang waktu tempatan berpatah balik selepas 3 jam pesawat di udara dalam penerbangan yang sepatutnya mengambil masa 7 jam.

Bagaimanapun, jurucakap melaporkan bahawa juruterbang mengambil keputusan untuk mendarat di Melbourne sebagai langkah berjaga-jaga.

Kenyataan itu juga menambah bahawa tiada sebarang masalah pada suktur pesawat yang boleh membahayakan penumpang. Bahkan para penumpang diberi tempat penginapan sehingga perkara ini selesai.

Rata-rata para penumpang luah rasa tidak berpuas hati dengan kerana mereka mendakwa “Kami ada rakan yang ingin jumpa di Bali pada malam ini.”

 

Sumber: News.com

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang