Sekiranya berbicara mengenai sukan bola sepak, nama Cristiano Ronaldo sudah pasti tersemat di dalam fikiran setiap peminat sukan ini. Apa tidaknya, kelincahan dan kebijaksaannya ketika berada di atas padang bola telah menjadi bualan di seluruh pelusuk dunia.
Kejayaannya di dalam sukan bola sepak bagaimanapun telah melonjakkan namanya sehingga dikenali di serata dunia. Namun begitu, dia tidak pernah melupakan individu-individu yang pernah membantunya ketika menjalani kehidupan sebagai seorang kanak-kanak yang susah suatu ketika dahulu. Perkara ini dilihat menerusi usahanya yang ingin mencari beberapa orang individu yang pernah membantunya ketika tinggal di Lisbon.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh ESPN UK itu, Cristiano Ronaldo sedang berusaha untuk mencari seorang gadis yang dikenali sebagai Edna dan dua orang lagi gadis yang pernah membantunya ketika bergelar pemain muda di Lisbon.
Berdasarkan kenyataan itu, Ronaldo mencari beberapa orang gadis yang membantunya mendapatkan makanan pada lewat malam. Dia juga berharap agar dapat bertemu dengan mereka dan sangat berbesar hati untuk menjemput mereka ke rumah bagi sesi makan malam bersama saya.
Usaha untuk mencari gadis-gadis berkenaan dilihat sebagai satu langkah murni yang dilakukan oleh Cristiano Ronaldo yang sangat mengenang budi terhadap sesiapa yang pernah membantunya ketika berada dalam kesusahan.
Sumber: ESPN UK