Siakap Keli
Gambar Hiasan

Setiap Tahun Kena Sedut Asap Jerebu, Peguam Jelaskan Kenapa Malaysia Tak Ambil Tindakan Terhadap Indonesia

Sudah bertahun lamanya kejadian fenomena jerebu ini berlaku. Boleh dikatakan hampir setiap tahun isu ini akan berulang dan info-info tentang ciri keselamatan dan penjagaan kesihatan sudah tebal difikiran manusia dipercayai sejak tahun 90-an lagi.

Namun, pernah tak anda terfikir kenapa kejadian jerebu ini tidak mendapat tindakan undang-undang mahkamah?

Seorang peguam terkenal di media sosial, Tuan Ikhwan akan mengulas kenapa ia berlaku dan merungkai persoalan yang bermain difikiran anda semua di laman Twitternya.

“Pelik kan bila masalah jerebu sudah bertahun berlaku tapi tak ada tindakan di mahkamah telah diambil? Itu kerana kita tak ada sebarang undang-undang bertulis yang membenarkan kita berbuat demikian.“- Jatikhwan

Katanya dalam petikan di laman Twitternya, walaupun ada satu perjanjian iaitu Asean on Transboundary Haze Pollution tidak memberi makna.

Dakwanya, walaupun negara kita ada Akta Kualiti Alam Sekeliling yang menghukum mereka yang menyebabkan pembakaran terbuka, ianya terpakai untuk mereka di Malaysia. Jika ianya berpunca dari syarikat atau individu di luar negara, sukar untuk ambil tindakan.

“Kerajaan juga tak boleh ambil tindakan pada kerajaan luar kerana ia boleh memberi ancaman pada hubungan diplomatik. Jadi cara terbaik adalah untuk menggesa kerajaan Indonesia mengambil tindakan pada mana mana individu atau syarikat yang menyebabkan jerebu dalam negara mereka.”

Tak ada yang dakwa?

“Kalau ada undang-undang bertulis yang membenarkan kita ambil tindakan pada mereka yang menyebabkan jerebu tak kira kewarganegeraan pihak tersebut atau jika ianya berasal dari negara luar, semestinya boleh diheret ke mahkamah.”

Sumber: Jatikhwan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)