Siakap Keli

Stress Jumpa Makcik Bawang? Ini 4 Jawapan ‘Cool’ Korang Boleh Guna Untuk Jawab Soalan Cepumas Mereka

Bila tiba je musim cuti, mesti banyak kenduri saudara-mara yang korang wajib datang, kan? Bila di tempat-tempat kenduri ni lah korang akan selalu berhadapan dengan soalan-soalan cepumas dari makcik bawang yang kadangkala boleh buat korang trauma nak ke majlis-majlis kenduri.

Gambar hiasan.

Jangan risau. Setiap masalah, ada penyelesaian; untuk setiap soalan, pasti ada jawapan. Jom kita baca 4 jawapan cool yang korang boleh guna bila dalam situasi ‘fight or flight’ tu.

1. “Kawan kau tu dah kahwin. Kau tu bila lagi? Nanti anak orang dah masuk universiti, anak kau baru tumbuh gigi.”

Tenang, jangan marah.. Dengan tersipu-sipu malu, korang senyum sambil jawab,
“Saya pun tertunggu-tunggu makcik masuk meminang saya jadi yang kedua. Ehe.”

2. “Kamu berdua dah 2 tahun kahwin. Kalau ada budak, tak la sunyi rumah tu. Tak payah merancang sangat lah..”

Dah setel hal kahwin, tanya pasal anak pulak. Tak apa, tarik nafas dalam-dalam, jawab macam ni,

“Rezeki di tangan Tuhan, tak berani saya nak persoal lebih-lebih.”

Fuh, ayat ringkas, tapi boleh sentap sampai ulu hati.

3. “Aku tengok, kesian anak sulung kau tu main sorang-sorang. Kau tu bilanya nak tambah anak?”

Pasti stress kan kalau setiap inci hidup kita ada orang nak persoalkan, tambah lagi nak tentukan? Tak mengapa, dengan senyuman manis di wajah, korang jawab,

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

“Kalau makcik nak taja makan pakai anak-anak kami, tahun depan juga kami tambah. Hehehe..”

4. “Anak makcik, baru je 5 bulan kerja dah keluar kereta. Bulan depan pulak nak pergi obersi.. Kau dah lama kerja, tapi sama je aku tengok hidup kau. Berapa gaji kau sebenarnya?”

Sabar, soalan ni memang boleh bikin panas hati. Pasti macam-macam scene yang bermain di imaginasi. Tak apa, korang jawab je macam ni, pasti tak tanya lagi.

“Alhamdulillah cukup lah sekadar nak tampung makan minum saya tanpa susahkan makcik dan belanja Makcik Ayam Bawang Amma hari-hari. Jom?”

Pasti terkejut makcik bawang tu. Bukan apa, sindiran dibalas dengan pelawaan makan. Mesti tersipu-sipu malu sendiri.

Haa.. bercakap tentang membawang, kami nak kongsi menu terbaru dari The Chicken Rice Shop iaitu Ayam Bawang Amma.

Resipi unik ni menjanjikan rasa seolah-olah air tangan ibu yang korang akan teringat-ingat selalu.

Daging ayam yang lembut dihidang bersama bawang merah serta sos akan membuatkan makcik bawang pasti terdiam menikmati keenakan rasanya.

Tapi, promosi ini untuk masa yang terhad tau, hanya ada dari 12 September hingga 31 Oktober 2019. Cepat-cepatlah serbu restoran The Chicken Rice Shop berdekatan dengan anda dan membawang sampai kenyang dengan Ayam Bawang Amma.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook, Instagram, Youtube dan laman web The Chicken Rice Shop.

Oh ya, cadangan jawapan di atas tu sekadar hiburan je tau. Sebenarnya makcik bawang ni ada yang ikhlas nak tanya khabar korang, caring bak kata orang. Apa pun, yang paling penting korang sentiasa tenang dan jawab dengan bijak. Semoga berjaya.

Amira

Love yourself.