Siakap Keli

(Video)Siap Ada Katil Lagi, Hotel Dalam Stadium Untuk Piala Dunia Qatar Ini Jadi Viral

Sempena World Cup 2022 yang bakal diadakan di Qatar tiga tahun akan datang, kerajaan negara tersebut telah menyiapkan beberapa buah stadium bola dengan elemen mewah buat para pengunjung.

Salah satunya ialah bilik hotel Stadium Al-Bayt yang terletak di utara bandar Al-Khor.

Satu video yang tular di media sosial menunjukkan pemandangan dari balkoni bilik hotel berkenaan yang terus menghala ke arah padang bola di bawah.

Menurut portal tempatan, ILoveQatar.net, sebanyak 95 buah bilik dibina di tempat berasingan di stadium untuk disewakan kepada syarikat penaja dan penyumbang kepada organisasi acara berkenaan.

Perkarangan stadium yang dibina berilhamkan model khemah di padang pasir di negara berkenaan akan dilengkapi dengan taman dan tasik tiruan, kata pereka seni yang terlibat dalam perancangan pembinaan tersebut.

Stadium yang dijangka siap pada Disember ini dilaporkan mampu menempatkan 60,000 pengunjung pada satu masa.

Bilik hotel menghadap padang

Menurut Al-Jazeera, sebanyak lapan buah stadium akan digunakan semasa World Cup 2022 dengan tujuh stadium baru.

Salah satunya adalah Stadium Ras Abu Aboud yang merupakan stadium inovatif pertama dunia yang dibina menggunakan kontena.

Stadium dengan kapasiti 40,000 pengunjung yang dilengkapi tempat duduk boleh alih dan blok modular ini akan dibuka kembali setelah acara dunia ini berakhir, membuatkan komponen tersebut dapat digunakan semula dalam projek seterusnya.

FIFA World Cup 2022 ini yang bakal dilangsungkan pada 21 November 2022 merupakan perlawanan World Cup pertama di dunia Arab. Pusingan terakhir akan berlangsung pada Hari Kebangsaan Qatar, 18 Disember di Stadium Lusail yang boleh memuatkan 80,000 penonton.

Sumber: Al-Jazeera, FIFA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.