Siakap Keli

“Yang Lain Bernafas Guna Insang Ke?” Individu Tak Puas Hati, Guru Boleh Buat Kerja Di Rumah Dikritik Netizen

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa guru-guru di sekolah yang terlibat dengan penutupan ekoran jerebu diberi pilihan untuk bekerja dari rumah.

Oleh itu, para guru dinasihatkan supaya berhubung dan beri tugasan dengan murid dari rumah menggunakan Google Classroom. Selain itu, mereka diminta supaya mengurangkan aktiviti luar dan mengutamakan kesihatan.

Malah beliau turut menambah bahawa pengetua dan guru besar boleh mengumumkan penutupan sekolah sekiranya keadaan jerebu berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin teruk pada hari tersebut.

Berikutan itu, hantaran yang dimuatnaik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan isu itu dipenuhi dengan pelbagai reaksi dan komen dari warga net.

Namun terdapat satu komen yang menjadi sasaran kritikan netizen di mana individu terbabit mempersoalkan tentang ‘pemberian cuti’ tersebut kepada para guru.

Guru je la, yang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ni bernafas guna insang ke?.

Justeru, kata-kata individu berkenaan dihujani ratusan komen balas yang rata-rata tidak bersetuju dengan pendapatnya.

Apply la jadi cikgu, dah grad nanti mintak jadi Guru Besar terus

Dr. kan KPM jadi kenyataan dia hanya untuk cikgu je la, kerja lain cari la kementerian lain

Jangan dengki sangatlah, bersihkan hati

Nak puaskan hati semua orang bukan mudah, setidak-tidaknya keputusan dah dibuat

Ada nampak cikgu happy?

Bukan nak menang, tapi bila profesion kita diperkecil, dipersoal, tentulah nak pertahankan

Sekolah isteri saya cuti jer, buat kerja dari rumah, ikut arahan guru besar

Sumber: Facebook

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)